Pemerintah Singapura kritik skuad polo hina bendera

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

GAMBAR menunjukkan beberapa anggota pasukan skuad polo air Singapura memakai seluar berlambangkan bendera negara yang menampilkan bulan sabit dan bintang di Guangzhou, China pada Rabu lalu.

SINGAPURA – Gara-gara memakai seluar renang bercorak seperti bendera negara yang memaparkan bulan sabit dan bintang, pasukan polo air Singapura dikritik oleh pemerintahnya yang menganggap perbuatan mereka sebagai kurang ajar.

Reka bentuk seluar renang itu dibuat sendiri oleh ahli-ahli pasukan polo lelaki Singapura yang bertanding di temasya Sukan Asia di Guangzhou, China.

Bahagian hadapan seluar renang itu menampilkan bulan sabit putih iaitu lambang pada bendera Singapura manakala bahagian belakangnya pula tertera lima bintang bendera itu.

“Kami kecewa kerana pasukan berkenaan tidak meminta nasihat kami mengenai penggunaan lambang bulan sabit dan bintang apabila mencipta bentuk seluar renang mereka,” kata kenyataan Kementerian Penerangan Singapura kelmarin.

Namun, mereka dibenarkan memakai seluar renang kontroversi itu pada perlawanan menentang pasukan Kuwait kelmarin kerana peraturan Sukan Asia melarang para pemain menukar jersi mereka ketika kejohanan sedang berlangsung. – AP
 
Sponsored Post

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
hahaha .. bermaruah gak singapore ni :))
 

nikcashworld

Super Active Member
Joined
Nov 27, 2007
Messages
9,007
Reaction score
5
Points
65
kenapa lambang bulan bintang?...mcm negara islam pulak...tak cadang ke buat bendera baru......lambang helang ke? gagak ke?
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
ntah singapore ni pelik lak
nk berbulan bintang2
reti lak ada maruah hoho
 

bintara80

Active Member
Joined
Aug 11, 2010
Messages
2,462
Reaction score
22
Points
35
aku tgh tunggu logo 1 malaysia kat spender
 
Sponsored Post
Top
Log in Register