BTC USD 56,952.3 Gold USD 1,787.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemergian Huan Dan Penyokongnya Tidak Jejaskan Gerakan - Koh

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KEPALA BATAS, 20 Dis (Bernama) -- Tindakan bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan keluar parti bersama beberapa penyokongnya tidak akan mengugat kedudukan parti itu, kata Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau masih belum menerima senarai nama ahli Gerakan yang bercadang keluar dari parti itu.

"Kita mempunyai lebih 50,000 ahli di Pulau Pinang dan pemergian Huan dan penyokongnya tidak akan menjejaskan parti," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah sempena ulang tahun ke-100 Pergerakan Pengakap Malaysia.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Abdul Rahman Abbas, di sini, pada hari Ahad.

Huan, bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, meletakkan jawatan dan keluar daripada Gerakan Rabu lepas untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Laporan hari ini menyebut lebih 4,000 ahli Gerakan di Pulau Pinang akan mengikuti jejak Huan menyertai PCM.

Bagaimanapun, Koh berkata beliau masih lagi belum menerima senarai nama ahli parti yang telah meninggalkan parti itu untuk menyertai PCM.

Terdahulu, kira-kira 500 ahli Gerakan dari cawangan Machang Bubok di Bukit Mertajam keluar parti untuk menyertai PCM.

Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PCM Tang Weng Chew di pejabat cawangannya di Butterworth, di sini.

Sementara itu, Huan berkata beliau terkejut apabila ramai ahli Gerakan di peringkat akar umbi telah melahirkan kesanggupan mereka untuk keluar parti dan mengikut jejak beliau menganggotai PCM.
 
Sponsored Post

myvi sporty

Active Member
Messages
1,743
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
doa TGNA makbul la...kucar kacir politik diaorang sekarang ek.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register