Pembersihan Kaabah disempurnakan Putera Khaled esok

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
MAKKAH: Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal akan melakukan pembersihan Kaabah selaku Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah esok, sempena 16 Muharram.

Sejumlah ahli akademik Islam, pegawai kerajaan, pembesar negara dan diplomat akan menghadiri upacara itu, yang dilakukan dua kali setahun pada 15 Syaaban dan pertengahan Muharram.

Rumah Allah itu diberi Kiswah atau kelambu baru pada 9 Zulhijjah apabila jemaah haji meneruskan perjalanan ke Arafah ketika kemuncak musim haji.

Upacara pembersihan Kaabah itu bermula dengan solat sunat dua rakaat dalam struktur kiub itu. Dinding dalamnya dibersihkan dengan pewangi mawar, kayu dan kasturi menggunakan kain putih. Air Zamzam dicampur dengan minyak wangi mawar kemudian direnjis pada lantai dan digosok dengan tangan dan daun kelapa.

Sebelum memasuki Kaabah untuk membersihannya, Putera Khaled akan melakukan tawaf tujuh kali dan mencium Hajarul Aswad. Beliau kemudian menerima kunci membuka Pintu Kaabah yang diberi dalam sebuah beg dibuat daripada baldu hijau daripada penjaganya, Bani Shayba.

Ketika memasuki rumah Allah itu, putera berkenaan akan bersolat sunat dua rakaat pada lantai marmar, tempat dipercayai Nabi Muhammad SAW bersolat.

Upacara membersihkannya hanya dilakukan selepas tetamu keluar. Lantai marmar dan dinding akan dibersihkan dengan air Zamzam dicampur air mawar.

Selepas dibersihkan lantai dan dinding akan dikeringkan sekali lagi dengan kain putih dan tisu. Dinding kemudian diwangikan menggunakan kuantiti air mawar dan kayu kayan dalam jumlah yang banyak. Kaabah kemudian diasapkan.

Kaabah mempunyai ketinggian 14 meter di bahagian timur, 12.11 meter dari bahagian barat dan selatan dan 11.28 meter dari bahagian utara. Lantai dalamnya dihiasi marmar berwarna. Silingnya disokong oleh tiga tiang kayu setiap satunya dengan diameter 44 sentimeter.

Struktur itu memiliki dua siling. Dindingnya ditutup dengan langsir daripada baldu hijau dan digantikan setiap tiga tahun. Bahagian atas bumbung mempunyai lubang udara sepanjang 127 sentimeter dan lebar 104 sentimeter bagi membolehkan cahaya memasukinya.

Lubang udara ditutup dengan kaca kukuh dan dibuka ketika pembersihan. Lubang udara itu boleh dimasuki melalui tangga kaca dengan 50 anak tangga. - Agensi

Pintu Kaabah dibuat daripada kayu dan dilitupi dengan 280 kilogram emas asli. Ia setinggi 310 sentimeter dan 190 sentimeter lebar. Panjang kunci Kaabah ialah 40 sentimeter. Pintu itu didirikan 225 sentimeter di atas paras tanah. - Agensi
 
Sponsored Post

shide

Active+ Member
Joined
May 29, 2009
Messages
3,154
Reaction score
29
Points
30
mmg camtu ke bersihkan kaabah??
masa zaman nabi dulu, cara nye camne plak yer??sama juga ke?
 

inspire

Active Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
1,190
Reaction score
4
Points
25
bes nih kalo dpt turut serta...
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,207
Reaction score
1,114
Points
201
Dr Mahathir antara pemimpin islam yg pernah masuk dlm Kaabah, agak2 Najib pun join tak esok, Najib kt luar negara skrg nih... huhuh
 

ejalmlk

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 8, 2008
Messages
10,501
Reaction score
43
Points
120
terbaik .. info berguna untuk semua nieee ....
 

haQ

Active+ Member
Joined
Jan 28, 2006
Messages
3,237
Reaction score
55
Points
35
kenapa perlu diasapkan?
betul ker nih?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register