Pembersihan golongan liberal 'erdogan' dlm PAS bermula

CG Sponsors




iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
Khalid samad,adik shahrir samad,tokoh kontroversi dlm pas, ygmempertikai haji hadi dlm soal mahukan 3M (majoriti melayu muslim) sebagai backbone Pakatan rakyat, juga tokoh yg dikatakan pro-anwar dlm pas dan menentang muzakarah umno-pas digugurkan sebgai Tim Pseuruhjaya II PAs Selangor.

Juga Saari Sungip, bekas org kuat PKR yg masuk PAS digantikan dgn S/U ustaz hadi ,roslan SMS.

desas desus juga mengataknn dr zulkefly,pengarah think tank PAS juga MP kuala Selangor yg mengkritik fatwa Yoga, juga pro-anwar dlm pas juga bakal digugurkan.

nampaknya ini gelombang pertama pembersihan golongan erdogan,golongan liberal pro-anwar dlm pas. pertembungan antara ulama yg diketuai oleh ust hadi/nasarudin yg pro-muzarakah umno-pas dgn golongan liberal erdogan yg diketuai husam musa yg pro-anwar dan sayangkan DAP.


http://www.malaysiakini.com/news/93645
Jimadie Shah Othman | Nov 24, 08 4:49pm
kemaskini 7:25pm Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.

Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.

Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.

Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.

Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.

Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.

"Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani," kata sumber.

Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu berunsur perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam kerajaan Selangor tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.

"Isu-isu Melayu ini kita sudah tidak mahu layan," kata sumber.

Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.

Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu.

Tindakan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.

Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan "PAS Untuk Semua" yang dilaungkan parti itu.

Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS "kembali kepada asal" dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.

Dihubungi selepas sidang parlimen hari ini, Khalid (foto atas, kiri) berkata, rombakan PAS negeri ibuat kerana perbezaan pendapat, kaedah dan cara beliau menyebabkan kepimpinan negeri tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan perbezaan-perbezaan itu seperti disebut oleh sumber-sumber.

Perbezaan itu, katanya, bermula sejak pilihanraya umum Mac lagi apabila PAS bersama PKR dan DAP kali pertama berjaya menawan Selangor.

Khalid menambah, perlantikan Roslan dan Dr Che Rosli yang "lebih serasi" dengan Dr Hassan bertujuan membolehkan pesuruhjaya itu menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan.

Tambahnya, atas kapasitinya sebagai Yang Dipertua PAS Shah Alam, beliau akan terus menegur kepemimpinan negeri jika ada kesalahan dibuat walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai timbalan pesuruhjaya II.

Menurutnya lagi, Saari sebagai wakil rakyat PAS juga masih boleh menghadiri mesyuarat badan perhubungan negeri itu, cuma tidak boleh terlibat membuat keputusan atau undian.

Badan itu mempunyai 63 ahli (termasuk enam anggota dilantik), melibatkan pemimpin tertinggi di peringkat negeri, wakil Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, dan ketua serta setiausaha PAS kawasan-kawasan.

Khalid yang hadir pada mesyuarat Dewan Harian dan badan perhubungan minggu lalu tidak menentang keputusan Dr Hassan yang, menurut ahli parlimen itu, mendapat sokongan majoriti badan perhubungan PAS negeri.

Saari (foto kiri) ketika dihubungi enggan mengulas pengguguran beliau daripada organisasi PAS negeri itu.

Sementara itu, Roslan yang juga Yang Dipertua PAS Kelana Jaya mengakui idea merombak organisasi parti itu disarankan oleh Dr Hassan sendiri bertujuan untuk menguatkan organisasi parti di negeri itu.

Beliau berkata, hanya jawatan dalam organisasi PAS negeri sahaja digugurkan bertujuan meringankan beban kedua-dua wakil rakyat itu.
Jawatan-jawatan lain yang dipegang, diteruskan seperti biasa.

Menurut Rolsan lagi, rombakan minggu lepas itu merupakan “perkara biasa” dan diamalkan di pelbagai negeri.

"Pahang dan Melaka juga membuat rombakan tetapi tidak tidak dibicarakan," katanya kepada Malaysiakini.

Rombakan itu, tambahnya, hanya mencetuskan spekulasi kerana Selangor merupakan negeri di bawah pemerintahan Pakatan yang melibatkan PAS sebagai rakan gabungan.

Mengulas pelantikan beliau dan Dr Che Rosli, Roslan berkata, kedua-dua mereka bukanlah orang baru.

Beliau sebaliknya pernah memegang jawatan itu sebelum ini, berpengalaman dan mempunyai hubungan baik mempromosikan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri itu dalam pilihanraya umum Mac lalu.

"Dr Che Rosli pula merupakan bekas (seorang) timbalan pesuruhjaya PAS Perlis," katanya.

Dr Hassan gagal dihubungi untuk mengulas dakwaan ini, beliau kini dilaporkan berada di luar negara.

Beliau semalam dilaporkan berkata, PAS Selangor memerlukan rombakan kecil selepas melihat perlunya ada usaha memberi peluang kepada barisan kepimpinan baru.

Rombakan itu, tambahnya lagi, mengambil kira keperluan komitmen dan penglibatan sepenuh masa dalam organisasi itu.

Beliau mendakwa Khalid berperanan besar sebagai wakil rakyat di tempat masing-masing.

Selain pemimpin kawasan Shah Alam, Khalid juga ahli lajnah politik PAS pusat.
 
Sponsored Post

jastho

Fun Poster
Joined
Nov 30, 2007
Messages
756
Reaction score
18
Points
15
org2 pro anuwar nih la yg merosakkan PAS
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
aku duk kelantan..tp aku Pro Team TG Hj Hadi
 

jastho

Fun Poster
Joined
Nov 30, 2007
Messages
756
Reaction score
18
Points
15
aku duk kelantan..tp aku Pro Team TG Hj Hadi
bro ko basuh skit budak2 PAS yg pro anuwar tu..merosakkan perjuangan PAS jek..kat sini pun banyak budak2 PAS yg pro anuwar tu dorang dah taksub kat anuwar sampai lupa perjuangan asal PAS.
 

bullah

Fun Poster
Joined
Oct 17, 2007
Messages
219
Reaction score
0
Points
10
kalo betul kite sokong..kalo salah kite sanggah..elok dicegah dr awal sebelom merebak
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,193
Reaction score
93
Points
80
idea utk melaga-lagakan PAS... heheheheee......
 

iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
bro ko basuh skit budak2 PAS yg pro anuwar tu..merosakkan perjuangan PAS jek..kat sini pun banyak budak2 PAS yg pro anuwar tu dorang dah taksub kat anuwar sampai lupa perjuangan asal PAS.
anwar menguasai pas melalui proxy. bijak betul politik anwar.tak tgkla dulu,tak perlu jadi presiden PKR pun,letak anak bini. sama juga dgn pas. letak kawan2.
 

SHAMSUL

Fun Poster
Joined
Apr 2, 2008
Messages
348
Reaction score
0
Points
10
dah tak cayoooo...kat parti politik kat Malaysia ni...semua hampehhhh...gilo kuaso semuo
 
Sponsored Post
Top
Log in Register