BTC USD 100,953 Gold USD 2,662.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembeli Tiada Selera, Hairan Gerai Tersusun Terlalu Rapat & Padat

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,021
Points
916
Awards
1
19.07.2024 - Pembeli tiada selera, hairan gerai tersusun terlalu rapat dan padat di Tumpat sampai 'sesak nafas' dibuatnya; Pengunjung di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan meluahkan kekecewaan mereka selepas gerai disediakan kepada orang ramai tidak disusun secara sistematik. Perkara itu diluahkan pengguna Facebook Wan Hasbullah dalam satu hantaran berserta beberapa keping foto memaparkan gerai didirikan terlalu rapat.

"Apa punya susunan ni? Rapat, padat dan serabut. Nak membeli pun tidak ada selera ni," katanya.

Berdasarkan kepingan gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan beberapa gerai yang disediakan buat pengunjung akan membuatkan keadaan sesak sekiranya orang ramai hadir untuk membeli makanan. Luahan tersebut turut menerima respons daripada pengguna lain yang bersetuju kesesakan bakal berlaku sekiranya susunan itu tidak diubah kelak.

"Asal boleh, yang naya peniaga sampaikan pengunjung lain akan buat aduan dengan deretan kiosk yang tidak tahu apa fungsi susun sedemikian," kata Mahsuri Che Soh.

"Buat projek tidak tanya pengguna dan peniaga setempat. Mereka hanya memikirkan golongan mereka kita hendak membuat sebarang keputusan," kata Mohd Hazrol Ridhuan Ibrahim.

"Ingat saya seorang sahaja yang berasa sedemikian. Apa yang ramai-ramai meletakkan gerai di kawasan itu tidak akan membuat perbincangan terlebih dahulu ke?" soal Fizaz Alias.

Kawasan tersebut sememangnya menjadi tumpuan ramai memandangkan terdapatnya pantai berdekatan membuatkan orang ramai gemar hadir untuk menikmati keindahan alam. Jadi, dengan kebanjiran pengunjung, peniaga sudah tentu mengambil peluang dengan menyediakan makanan dan minuman yang dijual, terutamanya pada waktu petang. Bagaimanapun, sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak melakukan sebarang perubahan, pengunjung, terutamanya dalam kalangan orang tempatan sudah tentu akan memilih untuk pergi ke kawasan yang kurang sesak.
1721406184667.png
 
Sponsored Post

kg aku ni.. berita ni berita sampah. sekian.
 
rasanya satu malaysia sama jer camni..
susun semula gerai2..
rapat tu sbnarnya sama je macam pasar malam.. okay jerrr
cuma pandangan lain, box tu agak 'ketat".. jual barang2 kecil dan kotak cantik pack siap2 sesuai la..mcm air kotak, makanan siap pack..

kalau nak ada relation ngan pelanggan, ada komunikasi2 sket.. jemm padat...

kalau jual kopok lekor nak goreng2.. shusah sket aaa..
kentang goreng ka.. makanan rileks2 tepi pantai...

maybe nak dibudayakan semula sistem gerai dan cara bisnes kot....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register