BTC USD 64,916.0 Gold USD 2,329.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembeli rugi RM360,000

highway

Active+ Member
Messages
4,417
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Pembeli rugi RM360,000
8330843.jpg

KOTA BHARU - Hasrat sepasang suami isteri untuk membina rumah kedai tidak kesampaian selepas dia dipercayai ditipu oleh pemilik asalnya dalam urus niaga jual beli tanah dekat sini.

Mangsa, Nik Fadzilah Nik Mohamed, 42, bersama suaminya seorang kakitangan kerajaan berusia 42, mengalami kerugian kira-kira RM360,000 setelah mendapati saiz tanah yang dibelinya itu beralamat di hadapan Pasar Panji Pulau Melaka, Jalan Long Sulaiman tidak seperti yang diiklankan.

Nik Fadzilah berkata, dia bersama suaminya meminta supaya pemilik asal tanah berkenaan mengembalikan wang terbabit tetapi enggan berbuat demikian dan dikatakan mengambil sikap lepas tangan dengan memberikan pelbagai alasan.

“Pada bulan Mei lalu kami tertarik dengan iklan penjualan tanah seluas 0.1632 ketar di dalam sebuah laman web dan berminat untuk membelinya bagi membina rumah kedai.

“Namun niat kami tidak kesampaian selepas selesai urusan jual beli, kami mendapati saiznya kini lebih kecil daripada yang asal iaitu 0.0842 hektar dan pemilik asalnya juga seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab dengan hal ini selepas semua pembayaran dijelaskan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Nik Fadzilah yang juga seorang peniaga menyedari mereka ditipu selepas menerima geran baru pada September lalu kerana mendapati tanah berkenaan tidak seperti yang diiklankan malah keluasannya ketika membuat penilaian juga tidak sama.

“Pada mulanya tanah berkenaan berharga RM400,000 tetapi selepas tawar menawar harganya menjadi RM360,000.

“Lebih merugikan kami baki tanah itu tidak boleh digunakan untuk melaksanakan perancangan asal kerana terlalu sempit,” katanya.

Selepas puas berunding dengan pemilik tanah untuk mendapatkan ganti rugi dan mendapati mereka sangat licik Nik Fadzilah bersama suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada 10 Oktober lalu supaya tindakan sewajarnya dapat dilakukan terhadap tindakan licik berkenaan.

“Laporan ini juga dibuat supaya tidak ada pihak lain yang akan turut tertipu dengan tindakan licik mereka ini dengan menipu pembelinya dan lebih berhati-hati dalam urus niaga jual beli tanah,” katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register