BTC USD 53,291.8 Gold USD 1,682.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembaziran wang rakyat: Pejabat SPRM Limbang ditutup selepas penambahbaikan

CG Sponsors




papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
Kami mendapati bahawa pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Limbang, Sarawak telah ditutup selepas beroperasi selama 8 bulan sahaja.




Semua rakyat Limbang didesak supaya membuat aduan atau urusan dengan Cawangan Miri.

Kami berasa amat kecewa kerana pejabat SPRM Limbang tersebut ditutup tidak lama selepas projek penambahbaikan siap.

Kami ingin bertanya, berapakah harga kosnya untuk projek penambahbaikan Pejabat SPRM Limbang?

Bukankah pejabat yang baru dinaiktarafkan terbiar begitu sahaja merupakan satu pembaziran duit rakyat?

SPRM haruslah memberi penjelasan mengenai penutupan cawangan SPRM Limbang. Adakah ini menunjukkan bahawa Daerah Limbang tiada kes rasuah dan penyelewengan?

Sebagai rakyat Limbang, kami juga ingin tahu semasa pegawai-pegawai SPRM berkhidmat di Pejabat Limbang, berapakah aduan telah diterima?

Antara aduan ini, berapakah kes telah diambil tindakan dan diselesaikan?


Penulis adalah pengerusi DAP Limbang, Sarawak.

Sumber

-----------
Dah buat renovation nak tutup pulak? Pembaziran demi pembaziran. Inilah Malaysiaku. Berapa kos penambaikan tersebut? SPRM tak nak siasat SPRM kah?
 
Sponsored Post

nalia70

Fun Poster
Joined
Nov 19, 2008
Messages
882
Reaction score
2
Points
15
sprm mesti d siasat atas pembaziran wang & unsur penyelewengan ,jamgan pandai kenakan org saja....
 

ayied_flex

Active Member
Joined
Sep 27, 2009
Messages
1,041
Reaction score
15
Points
35
selagi yg berkuasa adalah umno n kuncu2 nyer...jgn harap la nak siasat....mereka akan saling bekerjasama menutup semua nie......
 
Sponsored Post
Top
Log in Register