BTC USD 34,317.9 Gold USD 1,783.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembatalan projek KVDT2 - Kontraktor saman k’jaan, menteri

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,814
Reaction score
207
Points
43
Sebab utama tamatkan kontrak dengan Dhaya Maju LTAT adalah MAHAL.... bukan ke zaman PH dulu ada tender terbuka. mesti dah laluli proses saringan semua..macam mana boleh keluar alasan nk batalkan sebab mahal???? tak masuk akal.. ke ada agenda lain?

ambil kira projek LRT3 oleh MRCBGK. Boleh je kurangkan harga atau buat la rundingan dengan DHAYA untuk kurangkan kos pembinaan..
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,937
Reaction score
1,891
Points
201
Sebab utama tamatkan kontrak dengan Dhaya Maju LTAT adalah MAHAL.... bukan ke zaman PH dulu ada tender terbuka. mesti dah laluli proses saringan semua..macam mana boleh keluar alasan nk batalkan sebab mahal???? tak masuk akal.. ke ada agenda lain?

ambil kira projek LRT3 oleh MRCBGK. Boleh je kurangkan harga atau buat la rundingan dengan DHAYA untuk kurangkan kos pembinaan..

projek zaman BN.. PH bincang n sambng semula... zaman PN batal terus.... ni semua sebb politikal nye hal... ada yg x puas haty tak kenyang la tu LTAT pon nak di kacau
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,814
Reaction score
207
Points
43
projek zaman BN.. PH bincang n sambng semula... zaman PN batal terus.... ni semua sebb politikal nye hal... ada yg x puas haty tak kenyang la tu LTAT pon nak di kacau
emmmm... dah agak..pasal duit jugak la ni..aduyai....
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
81,207
Reaction score
13,021
Points
1,906
Permohonan syarikat berkenaan terhadap kerajaan dan Menteri Pengangkutan akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Dis ini.

1605753587948.png


Dhaya Maju dapat perintah interim bagi saman KVDT2


Diterbitkan Hari ini 10:22 am


Syarikat Dhaya Maju LTAT (Dhaya Maju) mendapat perintah interim (ad-interim) daripada mahkamah bagi menghalang kerajaan dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengarahkan mereka menghentikan kerja-kerja projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KCVCT2).

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Dhaya Maju mengemukakan permohonan mengenainya pada 2 Nov lalu.

Ia berkuat kuasa sehingga 12 Dis ini atau sebarang tarikh baru yang dikeluarkan mahkamah.
Injunksi ad-interim itu adalah mengenai saman Dhaya Maju ke atas dakwaan penamatan kontrak mereka oleh kerajaan melalui sepucuk surat bertarikh 23 Sept.

Mengikut undang-undang, pihak yang terbabit dalam tindakan un dang-undang boleh memohon perintah sementara bagi mengekalkan status quo ketika tindakan utamanya berlangsung.
Pada 9 Nov Malaysiakini melaporkan Dhaya Maju memfailkan saman ke atas kerajaan dan syarikat terbabit juga mengemukakan permohonan injunksi ad-interim kepada mahkamah.

Secara keseluruhan, Dhaya Maju ketika ini mengambil sekurang-kurangnya tiga tindakan undang-undang ke atas kerajaan berhubung dakwaan penamatan kontrak KVDT2.
Salah daripadanya ialah permohonan semakan kehakiman terhadap penamatan kontrak yang didakwa. Tindakan undang-undang itu difailkan pada 3 Sept.

Tindakan lain yang diambil syarikat itu ialah writ saman yang difailkan pada 7 Sept.
Dhaya Maju menamakan kerajaan Malaysia dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong sebagai defendan dalam dua writ saman mereka, dan sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman.
Turut dinamakan dalam tindakan writ Dhaya Maju ialah firma perunding kejuruteraan Opus Consultants (M) Sdn Bhd, dan KTMB sebagai defendan.

Berdasarkan salinan dokumen mahkamah yang dilihat Malaysiakini, defendan pertama (kerajaan Malaysia) dan defendan keempat (KTMB) diarah agar tidak memasuki tapak projek KVDT2 dan mengarahkan plaintif (Dhaya Maju) menghentikan kerja mereka sehingga 10 Dis atau tarikh baru yang ditetapkan mahkamah.

"Bahawa defendan pertama dan defendan keempat sama ada melalui diri mereka, kakitangan mereka, pekerja atau wakil mereka, dihalang daripada memasuki tapak kerja Projek KVDT2 dan mengarahkan plaintif untuk menghentikan kerja-kerja berkenaan dengan pembatalan yang dikatakan kontrak disemak semula sehingga 10 Dis 2020 atau mana-mana tarikh kemudian yang diarahkan mahkamah," kata dokumen berkenaan.

Defendan terbabit juga dilarang memasuki tapak projek untuk mengarahkan plaintif mengosongan kawasan berkenaan sehingga tarikh sama.
Dokumen itu juga menyatakan KTMB dilarang membatalkan lesen untuk menduduki Dhaya Maju sehingga tempoh yang dinyatakan.

Semakan dalam talian menunjukkan kes itu ditetapkan untuk didengar di depan hakim Ling Chong Fong pada 10 Dis ini.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
81,207
Reaction score
13,021
Points
1,906
Halang KTMB arah syarikat itu henti kerja di tapak pembinaan #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../projek-kvdt2-dhaya-maju.../

Projek KVDT2: Dhaya Maju LTAT peroleh injunksi sementara


20 November 2020

MGF07082020_KES-LIM-GUAN-ENG-MAHKAMAH-DUTA_03.jpg

Kontraktor bagi projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd memperoleh injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menghalang kerajaan dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) daripada mengarahkan syarikat itu menghentikan kerja-kerja di tapak pembinaan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kontraktor bagi projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd memperoleh injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menghalang kerajaan dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) daripada mengarahkan syarikat itu menghentikan kerja-kerja di tapak pembinaan.
Syarikat itu turut memperoleh injunksi sementara bagi menghalang kerajaan dan KTMB daripada memasuki tapak projek KVDT2 serta mengarahkan ia agar mengosongkan tapak sehingga 12 Dis atas sebarang tarikh sebagaimana diarahkan oleh mahkamah.


Dalam penghakimannya pada 2 Nov lepas, Hakim Datuk Lim Chong Fong juga membenarkan injunksi sementara agar KTMB dihalang daripada membatalkan Pemakluman Milik Tapak Dhaya Maju LTAT sehingga 12 Dis dan bahawa KTMB dihalang daripada memasuki tapak projek itu bagi tujuan selain melaksanakan sebarang kerja di atau berhampiran tapak itu di bawah kontrak yang telah disemak semula sehingga tarikh sama.
Mahkamah turut memberikan injunksi sementara agar Dhaya Maju LTAT, kerajaan dan KTMB melaksanakan pengukuran dan penilaian bersama kerja-kerja bagi projek KVDT2.

Menerusi saman yang difailkan pada 27 Okt lepas, Dhaya Majut LTAT menamakan kerajaan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, syarikat perkhidmatan perundingan kejuruteraan Opus Consultants (M) Sdn Bhd dan KTMB sebagai defendan.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa kerajaan pada asalnya menandatangani Surat Niat bertarikh 12 Mac 2013 bagi penganugerahan projek KVDT, bagaimanapun defendan pertama kemudian memutuskan untuk memisahkan projek itu kepada dua fasa iaitu KVDT1 dan KVDT2.

Menurut plaintif, ia kemudian dianugerahkan Surat Award dan Kontrak bagi projek KVDT1 dan sehingga kini, ia sudah menyiapkan lebih 87 peratus kerja-kerja bagi projek itu.

Ia berkata selepas itu, kerajaan mengeluarkan Surat Niat bertarikh 5 Mei 2017 dan 12 Mac 2018 untuk Projek KVDT2 kepadanya dan melalui Surat Setuju Terima bertarikh 4 April 2018, Kementerian Pengangkutan menerima tender syarikat serta memberikan Projek KVDT2 dengan jumlah RM5.6 bilion bagi tempoh kontrak tujuh tahun sehingga 3 April 2025.

Menurut plaintif, jumlah Kontrak Asal ditentukan secara bebas melalui Makmal Kejuruteraan Nilai dan Makmal Pengurusan Nilai yang disertai pelbagai agensi kerajaan termasuk wakil Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Kerja Raya, Unit Perancang Ekonomi, KTMB dan Agensi Pengangkutan Awam Darat.
Katanya, ia dengan segera memulakan kerja KVDT2 selepas Kontrak Asal terbabit dikeluarkan.

Plaintif selanjutnya berkata pada 19 Okt 2018, iaitu kurang daripada enam bulan kemudian dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Kontrak Asal satu pihak itu ditamatkan oleh kerajaan dengan Notis Pembatalan dikeluarkan oleh Setiausaha Kementerian Pengangkutan kononnya atas alasan kepentingan awam dan keselamatan nasional.

Plaintif mendakwa ia mencabar penamatan Kontrak Asal kerana penamatan itu jelas bukan demi kepentingan orang awam atau negara.

Menurut plaintif, selepas penamatan kontrak asal, pelbagai pertemuan dan perbincangan diadakan yang membawa kepada perjanjian penyelesaian pada 19 Ogos 2019, dan selaras dengan syarat perjanjian itu, syarikat tersebut dianugerahkan semula projek itu dengan jumlah kontrak yang disemak semula sebanyak RM4.475 bilion.

Plaintif seterusnya berkata pada 28 Ogos lepas, Wee melalui kenyataan media mengumumkan bahawa kerajaan akan membatalkan Projek KVDT2 yang dianugerahkan semula kepadanya serta akan membuka semula proses bidaan melalui tender terbuka.

Sehingga kini, katanya notis rasmi penamatan Kontrak yang Disemak semula belum disampaikan kepadanya dan ia sama sekali tidak mengetahui mengenai pembatalan projek itu yang dilakukan menerusi siaran akhbar serta hanya mengetahuinya buat pertama kali menerusi media.

Plaintif mendakwa ia juga telah menulis surat bertarikh 1 Sept lepas kepada kerajaan untuk membantah pembatalan projek dan meminta Menteri Pengangkutan menimbangkan semula perkara berkenaan.
Selain ganti rugi, Dhaya Maju LTAT iaitu syarikat usaha sama antara Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diperbadankan pada 5 Jun 2017 di bawah Akta Syarikat 2016, memohon deklarasi bahawa penamatan Kontrak yang Disemak Semula adalah satu pelanggaran Perjanjian Penyelesaian, tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Pertikaian timbul selepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengeluarkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dianugerahkan secara rundingan terus semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan ini termasuk projek KVDT2 bernilai RM4.475 bilion yang dianugerahkan kepada Dhaya Maju LTAT.- BERNAMA


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,738
Reaction score
4,000
Points
236
Mahkamah Tak Boleh Perintah Injunksi Pada Kerajaan - Peguam

30.04.2021 - Kuala Lumpur, Undang-undang melarang mahkamah mengeluarkan injunksi terhadap kerajaan dan penjawat awam kerana menjalankan tugas rasmi, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini. eguam Kanan Persekutuan Asliza Ali, ketika membantah perintah injunksi oleh Dhaya Maju- LTAT Sdn Bhd terhadap kerajaan berhubung projek Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2), berkata Seksyen 29 Akta Prosiding Kerajaan “dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak boleh memberikan perintah untuk menyekat tugas awam ”.

“Dalam kata lain, perintah injunksi akan menghalang kami (kerajaan) daripada melaksanakan tugas umum kami. Selain itu, KVDT2 akan terhenti dan tidak dapat diteruskan,” katanya.

Dhaya Maju-LTAT mengemukakan saman terhadap kerajaan, mendakwa surat penamatannya tidak dihantar, sebagaimana yang tertakluk bawah syarat kontraknya. Notis penamatan telah dihantar kepada syarikat itu pada September tahun lalu. Katanya, kerajaan juga tidak mempunyai asas untuk menamatkan kontrak tersebut atas alasan “kepentingan umum”.

Syarikat itu cuba untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menyekat kerajaan daripada menamatkan kontrak tersebut. Asliza juga berkata sebarang kerugian yang ditanggung oleh Dhaya Maju-LTAT dari penamatan tersebut boleh dibayar dengan ganti rugi. Peguam Dhaya Maju-LTAT, Khoo Guan Huat, memberitahu mahkamah mereka telah meminta perintah injunksi untuk mengekalkan status quo antara syarikat dan kerajaan, sementara menunggu pembatalan tuntutan itu.

“Kami mencabar kerana penamatan ini tidak sah. Menteri tersebut (Wee Ka Siong) menekankan ‘kepentingan nasional’ dan harga kami yang terlalu tinggi sebagai alasannya. Kami diberhentikan bukan kerana kami tidak melakukan pekerjaan dengan baik,” katanya, sambil menambah syarikat itu tidak pernah melanggar syarat kontrak dan telah memberikan perkhidmatan terbaiknya kepada kerajaan.

Tambah Khoo penamatan itu akan mempengaruhi kemampuan Dhaya Maju-LTAT untuk bersaing dalam projek tempatan dan asing pada masa akan datang.

“Reputasi, kredibiliti dan kedudukan kami dalam industri kecil dan khusus dipertaruhkan. Semua ini tidak terhitung,” katanya.

Hakim Lim Chong Fong menetapkan 4 Jun sebagai tarikh keputusan permohonan injunksi Dhaya Maju-LTAT. Sebelum perbicaraan dimulakan hari ini, Lim telah bertanya kepada peguam apakah mereka sedang merundingkan penyelesaian. Khoo menjawab wakil syarikat telah bertemu pegawai kanan Kementerian Kewangan dan Pengangkutan pada awal minggu ini. Katanya, Peguam Negara Idrus Harun juga hadir.

Asliza mengesahkan bahawa mesyuarat telah berlangsung dan sebarang keputusan mengenai perkara itu akan dibincangkan oleh Kabinet. Katanya Jabatan Peguam Negara telah diarahkan untuk meneruskan perbicaraan. KVDT2 adalah satu daripada 101 projek yang menelan belanja RM6.61 bilion yang didakwa oleh kerajaan Perikatan Nasional di Parlimen telah diberikan melalui rundingan langsung semasa pemerintahan Pakatan Harapan.

Projek ini merangkumi 110km, melibatkan dua landasan keretapi KTM – satu dari Salak Selatan ke Seremban dan satu lagi dari Kuala Lumpur Sentral dan Angkasapuri ke Pelabuhan Klang.

Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan memberitahu Parlimen kerajaan terbuka untuk melakukan rundingan semula dengan Dhaya Maju-LTAT untuk mencapai penyelesaian yang bersifat “menang-menang”.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...erintah-injunksi-kepada-kerajaan-kata-peguam/
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,947
Reaction score
1,645
Points
201
Mn2 kerajaan naik akan berlaku benda mcm nie....kroni dh tunggu tu
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,587
Reaction score
241
Points
83
Adoiii... Last2 kerajaan juga rugi...
Masa masuk tender xde isu mahal pun...
Berapa tu pampasan nak kena bayar + saman... Itu semua taxpayer moneyy!!
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
81,207
Reaction score
13,021
Points
1,906
1620292084368.png


Projek KVDT2: K'jaan rayu keputusan mahkamah​



Diterbitkan 6 May 2021, 5:03 pm

Dikemaskini 5:05 pm



Kerajaan mengemukakan rayuan untuk membatalkan keputusan mahkamah yang memberikan kebenaran terhadap kontraktor Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap keputusannya menamatkan kontrak projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 (KVDT2).

Kerajaan Malaysia dan Menteri Pengangkutan selaku responden dalam tindakan undang-undang itu membuat permohonan di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 April tahun ini.

Melalui permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan pada 3 September tahun lalu, Dhaya Maju LTAT memohon perisytiharan mahkamah bahawa keputusan menteri untuk membatalkan kontrak KVDT2 dan membuka semula tender sebagai batal dan tidak sah.

Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hanbaly @ Arwi mengesahkan kedua-dua responden telah mengemukakan rayuan ketika dihubungi oleh media petang ini.

"Ya, kami telah mengemukakan rayuan," kata Hanir dari Jabatan Peguam Negara (AGC) sambil menambah rayuan itu dikemukakan pada 20 April lalu.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 28 April ini untuk pengurusan kes seterusnya.

Sebelum ini, Dhaya Maju LTAT mengemukakan dua tindakan undang-undang terhadap kerajaan dengan menyatakan bahawa penamatan itu sebagai tidak sah.

Salah satunya adalah tindakan undang-undang yang bertujuan untuk membatalkan surat yang dikeluarkan oleh kerajaan bertarikh 23 September tahun lalu untuk menamatkan kontrak projek tersebut.

Pada bulan Ogos 2020, Wee mengumumkan kerajaan akan membuka kembali tender untuk projek kereta api KVDT2, dengan mendakwa bahawa siasatan mendapati kos RM4.475 bilion untuk projek itu terlalu tinggi, walaupun langkah-langkah pemotongan kos dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelumnya.

Projek ini mendapat perhatian selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan perincian 101 kontrak yang kononnya diserahkan melalui proses rundingan langsung semasa Pakatan Harapan berkuasa.

KVDT2 adalah kontrak terbesar, dari segi nilai.
Bekas pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee mewakili Dhaya Maju LTAT.

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,937
Reaction score
1,891
Points
201
Pelik ya.. ecrl leh plak sambung sebb china.. projek ni sebb company anak syarikat tabung angkatan tentera.. dikitai3 nya mcm tu ye
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register