Pembantu perubatan tinggal nota sebelum terjun dari tingkat 3

CG Sponsors




HananMedispa

Freshie
Joined
Jan 13, 2021
Messages
22
Reaction score
12
Points
8
ni Depression mcm ni?? memang leh jumpe org normal ke.. ni lebih dari kes tekanan perasaan/kerja/masalah personal .. sebb tu dia terjun kt hospital n berpakaian kerja...
Tekanan perasaan, kerja, masalah personal boleh menjadi penyebab ketrukan depression. Nampaknya tuan tak paham mekanisma depression.
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,371
Reaction score
1,555
Points
201
Tekanan perasaan, kerja, masalah personal boleh menjadi penyebab ketrukan depression. Nampaknya tuan tak paham mekanisma depression.
klu depression da teruk.. rasanya tak de da org tu pi kerja mcm biasa..dan klu ada sejarah depression rasanya da leh buat surat sebb tuk transfer keje jabatan/unit lain
 

samesame

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2011
Messages
2,960
Reaction score
609
Points
71
Ya Allah, lindungilah aku dan kluarga aku dari takdir bunuh diri
 

TamingSari

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 28, 2006
Messages
25,495
Reaction score
162
Points
138
Konfiden tahap tinggi ni, terjun dari tingkat 3 saja bunuh diri.
Kelmarin ada budak sekolah jatuh dari tingkat 3 tapi masih boleh hidup lagi.
terjatuh dengan sengaja jatuh ending bahagian mana ke tanah dulu lain.. bunuh diri confirm kepala dulu
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,321
Reaction score
21,166
Points
1,671
Terjun mati trus xpe tp tingkat 3 mesti mggeletik dulu ni mcm ikan

Tu yg seksa mati. Ingat senang mati bunuh diri
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,856
Reaction score
589
Points
121
terjatuh dengan sengaja jatuh ending bahagian mana ke tanah dulu lain.. bunuh diri confirm kepala dulu
Memang lah..tapi tetap ada kemungkinan masih hidup dan merana sepanjang hayat lumpuh dsb.
Selalu kalau orang nekad betul nak bunuh diri dia akan gunakan kaedah yang boleh jamin 100% mati. Contohnya terjun dari tingkat 10 ke.
Bukan macam perempuan yang cancel nak bunuh diri dalam sungai lepas nampak buaya haritu.
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,615
Reaction score
272
Points
96
Terjun mati trus xpe tp tingkat 3 mesti mggeletik dulu ni mcm ikan

Tu yg seksa mati. Ingat senang mati bunuh diri
Itula pasal. Dahla seksa sakaratul maut. Mati2 pulak, masuk neraka. Tak pasal.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,481
Reaction score
12,160
Points
1,906
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata saksi memaklumkan mangsa bertugas 24 jam sebelum ditemukan maut dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

1611239544342.png


Pembantu rawatan kesihatan maut jatuh dari hospital
Diterbitkan 21 Jan 2021, 8:52 pm

Dikemaskini 9:07 pm



Seorang lelaki yang maut selepas jatuh dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh semalam merupakan Pembantu Perawatan Kesihatan dan bukannya Pembantu Perubatan.

Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman berkata mendiang, G Rama Nair, 39, merupakan seorang kakitangan yang amat disenangi oleh rakan sekerja serta tidak menunjukkan sebarang masalah sepanjang menjalankan tugas.

"Pihak hospital berharap semua pihak dapat menghormati privasi ahli keluarga dan mengelak daripada membuat sebarang spekulasi serta tidak menyebarkan apa-apa maklumat tidak tepat atau palsu," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.

Dr Abdul Malek berkata mangsa telah bertugas mengikut waktu bekerja pejabat iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, semalam.

Selain memberi jaminan akan memberi kerjasama kepada polis bagi menjalankan siasatan, beliau turut menggalakkan para petugas hospital untuk mendapatkan sokongan emosi sekiranya perlu daripada pasukan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi semalam memaklumkan mayat Rama Nair ditemukan terbaring di kawasan parkir motosikal HRPB oleh pengawal hospital pada kira-kira pukul 6.45 petang.

Katanya, saksi juga mengesahkan yang mangsa bertugas 24 jam sebelum ditemukan maut dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
- Bernama

 
Sponsored Post
Top
Log in Register