Pembakaran terbuka tertinggi di P. Pinang

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,130
Reaction score
2,602
Points
206
rsz_utu_ppg-jas-pembakaran-1536x967.jpg


GEORGETOWN: Pulau Pinang merekodkan kes pembakaran terbuka tertinggi tahun lalu biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak Mac ekoran pandemik Covid-19.


Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pada tahun lalu negeri ini merekodkan sebanyak 670 kes pembakaran terbuka berbanding hanya 478 kes pada 2019.

Katanya, kebanyakan pembakaran terbuka dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah haram, pembakaran sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan.

“Pembakaran terbuka juga dikesan dilakukan untuk membakar sisa perladangan, sisa kebun, penerokaan dan pembukaan tanah serta pembakaran di kawasan perumahan,” katanya semalam.

Menurut Sharifah Zakiah, berdasarkan aduan dan siasatan yang dijalankan, pihaknya mendapati kes pembakaran sisa-sisa pembersihan sampah sarap di kawasan kediaman adalah kes tertinggi.

“Tahun lalu, pembakaran sampah sarap dikesan menjadi punca utama peningkatan kes pembakaran terbuka yang mana sebanyak 550 aduan diterima oleh JAS mengenai aktiviti tersebut,” katanya.

Tambah beliau, keadaan pembakaran terbuka menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan.

“Ini kerana pembakaran terbuka turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, JAS negeri akan meningkatkan rondaan dan penggunaan dron dibuat di kawasan yang sukar diakses.

“Rondaan akan dibuat dari semasa ke semasa termasuk hari cuti umum atau cuti perayaan dan mereka yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun maksima RM2,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Tambahnya, kesalahan itu juga boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali. – UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,778
Reaction score
206
Points
43
siot tajuk...aku ingatkan api tu tinggi... rupanya kes yang tinggi...

itu la kalau bahasa diketepikan...
 

Mata_Pena

Super Active Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,082
Reaction score
1,723
Points
141
Kesian pp,
Xde duit nk kutip sampah ke?
 

HananMedispa

Freshie
Joined
Jan 13, 2021
Messages
22
Reaction score
12
Points
8
Kena masa ghost festival tgh tgh jalan area Georgetown pun diorang bakar kertas. Tu ritual iorang.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,130
Reaction score
2,602
Points
206
Diorang bakar untuk halau hantu. Ritual.
Katanya, kebanyakan pembakaran terbuka dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah haram, pembakaran sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan.

mostly bakar sampah dan sisa pepejal.
halau hantu tak masuk dalam statistik.
 

HananMedispa

Freshie
Joined
Jan 13, 2021
Messages
22
Reaction score
12
Points
8
Katanya, kebanyakan pembakaran terbuka dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah haram, pembakaran sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan.

mostly bakar sampah dan sisa pepejal.
halau hantu tak masuk dalam statistik.
Oh ye. Betul la tu.
Pelik juga ye
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,793
Reaction score
12,195
Points
2,376
View attachment 332677

GEORGETOWN: Pulau Pinang merekodkan kes pembakaran terbuka tertinggi tahun lalu biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak Mac ekoran pandemik Covid-19.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pada tahun lalu negeri ini merekodkan sebanyak 670 kes pembakaran terbuka berbanding hanya 478 kes pada 2019.

Katanya, kebanyakan pembakaran terbuka dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah haram, pembakaran sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan.

“Pembakaran terbuka juga dikesan dilakukan untuk membakar sisa perladangan, sisa kebun, penerokaan dan pembukaan tanah serta pembakaran di kawasan perumahan,” katanya semalam.

Menurut Sharifah Zakiah, berdasarkan aduan dan siasatan yang dijalankan, pihaknya mendapati kes pembakaran sisa-sisa pembersihan sampah sarap di kawasan kediaman adalah kes tertinggi.

“Tahun lalu, pembakaran sampah sarap dikesan menjadi punca utama peningkatan kes pembakaran terbuka yang mana sebanyak 550 aduan diterima oleh JAS mengenai aktiviti tersebut,” katanya.

Tambah beliau, keadaan pembakaran terbuka menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan.

“Ini kerana pembakaran terbuka turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, JAS negeri akan meningkatkan rondaan dan penggunaan dron dibuat di kawasan yang sukar diakses.

“Rondaan akan dibuat dari semasa ke semasa termasuk hari cuti umum atau cuti perayaan dan mereka yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun maksima RM2,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Tambahnya, kesalahan itu juga boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali. – UTUSAN ONLINE

Tak cukup tong sampah ke sampai nak kena bakar tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register