TXT
CG Super Hardcore Club
- Messages
- 450,075
Paid Membership
Top Poster #7
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 450,075
- Reaction score
- 36,551
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
PRN: Pembahagian kerusi PN siap 80 peratus
10 Januari 2023 08:55amAbdul Hadi (tiga dari kiri) bersalaman dengan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai selepas sidang media pada Isnin.
Untuk informasi lebih menarik, jangan lupa ikuti Telegram dan TikTok kami
GEORGETOWN - Perikatan Nasional (PN) telah siap 80 peratus dalam pembahagian kerusi di enam buah negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun ini.
Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibuat sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lagi.
Menurutnya, perbincangan tersebut berjalan secara berpanjangan dan menjadi asas perbincangan untuk PN berhadapan dengan PRN nanti.
"Sebenarnya sebelum PRU15 iaitu ketika persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum lagi kita sudah mengadakan perbincangan secara langsung mengenai pembahagian kerusi bagi Dun.
"Itu menjadi asas perbincangan untuk menghadapi PRN dan ia (perbincangan) berjalan berpanjangan. Sama ada keputusan itu kekal atau tidak, itu perlu dilihat kepada strategi untuk menghadapi pilihan raya yang berikutnya," katanya selepas menghadiri sesi dialog antara parti komponen PN di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang di sini pada Isnin.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Kerajaan negeri terbabit tidak membubarkan dewan perundangan masing-masing serentak dengan PRU15 lalu atas beberapa sebab antaranya kerana musim banjir hujung tahun.
Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata, gelombang PRU15 memberi dukungan yang kuat apabila PN menyapu bersih kerusi di negeri yang diperintahnya iaitu Kelantan dan Terengganu.
"Gelombang PRU15 memberi dukungan yang kuat kepada negeri-negeri apabila kita menang besar di Kelantan dan Terengganu, di Kedah, hanya satu kerusi kita terlepas. Ini menandakan kita ada kekuatan. Post mortem yang kita buat, kita dapati undi di DUN, kita menang keseluruhannya.
"Kita yakin, gelombang ini berpanjangan khususnya apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah hari ini yang tidak menentu. Nak kata perpaduan pun bukan perpaduan.
"Kalau perpaduan, mestilah kerajaan tidak ada pembangkang atau saiz pembangkang kecil dan tiada peranan, baru Kerajaan Perpaduan. Jika separuh pembangkang, separuh itu (kerajaan), itu bukan perpaduan. Istilah pun tidak betul, masih banyak masalah yang tidak selesai, kenyataan-kenyataan yang tidak dilaksanakan," katanya.
Dalam PRU15 yang lalu, PN menang besar di beberapa buah negeri antaranya Pahang, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
PRN: Pembahagian kerusi PN siap 80 peratus
GEORGETOWN - Perikatan Nasional (PN) telah siap 80 peratus dalam pembahagian kerusi di enam buah negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada...
www.sinarharian.com.my
PN selesai bahagi kerusi PRN
12 Januari 2023 08:11pm
Hamzah
TUMPAT - Perikatan Nasional (PN) selesai membahagikan semua kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pembahagian kerusi bagi parti di bawah gabungan tersebut dilakukan atas dasar perbincangan ‘adik-beradik.’
“Jadi, tidak timbul isu ikhlas atau tak ikhlas.
“Pembahagian kerusi dah selesai semua, cuma mungkin boleh ditukar-tukar atau macam mana nanti terpulang kepada Majlis Tertinggi untuk menentukan,” katanya selepas Majlis Sumbangan Bantuan Banjir PN kepada 8,000 mangsa di Chabang Empat, Wakaf Bharu di sini, pada Khamis.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Hamzah yang juga Ketua Pembangkang berkata, PN mengutamakan calon yang terbaik untuk diletakkan di satu-satu kerusi.
“Kalau yang baik daripada Pas maka calon Pas itulah yang akan diletakkan manakala kalau baik Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), kita letak calon Bersatu di kerusi itu,” katanya.
Hamzah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Tumpat.
Beliau turut yakin pengundi akan memberikan sokongan kepada PN pada PRN kali ini berdasarkan prestasi gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Enam negeri yang belum mengadakan PRN adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Hamzah menyifatkan kenyataan dibuat oleh seorang pemimpin UMNO yang mengatakan DAP lebih baik dari Pas sebagai perkara yang karut-marut.
“Kalau macam tu, dunia ini dah tak betul. Orang yang sama jumpa dengan saya selepas PRU15 lalu mengaku akan menentang sebarang kerjasama dengan DAP,” katanya.
PN selesai bahagi kerusi PRN
TUMPAT - Perikatan Nasional (PN) selesai membahagikan semua kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin...www.sinarharian.com.my