Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra imamkan Solat Hajat

CG Sponsors




emas10

Fun Poster
Joined
Nov 13, 2009
Messages
165
Reaction score
0
Points
10
Majlis doakan kesejahteraan kesihatan Sultan Kelantan



KOTA BHARU: Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra, malam tadi mengimamkan solat hajat dan menyertai majlis bacaan Yassin yang disertai lebih 1,000 rakyat Kelantan yang diadakan secara terbuka dalam Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini.

Majlis anjuran Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kelantan, bertujuan mendoakan kesejahteraan kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang ketika ini sedang gering dalam rawatan di Singapura serta pentadbiran kerajaan dan rakyat Kelantan yang kini dipayungi Pemangku Raja.

Terdahulu, ketibaan Tengku Muhammad Faris Petra kira-kira jam 7 malam, disambut Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Exco kerajaan negeri.

Solat hajat itu diadakan susulan majlis meraikan kepulangan Pemangku Raja dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa petang semalam, yang dianjurkan jawatankuasa berkenaan bagi melafazkan kesetiaan dan sokongan kepada baginda.

Pada majlis ringkas itu, Tengku Muhammad Faris Petra sempat melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Kelantan yang berhimpun menanti kepulangannya.

"Terima kasih, terima kasih semua kerana hadir," titahnya secara spontan sambil bersalaman dengan pelbagai lapisan rakyat, dan dianggarkan lebih 5,000 menyambut kepulangan baginda dari Kuala Lumpur.

Beliau bertitah demikian sejurus selesai mengaminkan doa selamat yang dibacakan Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Tengku Muhammad Faris turut berkenan menerima memorandum daripada Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kelantan yang disertakan cenderahati berupa sebilah keris yang disampaikan Pengerusinya, Wan Mokhtar Wan Abdul Rahman.

Antara lain, memorandum itu menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pemangku Raja dalam pelbagai isu yang berbangkit di Kelantan sejak akhir-akhir ini.

Jawatankuasa itu turut memohon perhatian baginda terhadap enam perkara yang disenaraikan, termasuk membawa balik Sultan Kelantan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana hospital di Malaysia; membenarkan doktor, pembesar negeri serta rakyat menziarahi Tuanku Ismail dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menyeleweng wang rakyat serta menyalahgunakan kuasa di Kelantan.

http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20100114235427/Article/index_html
 
Sponsored Post

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
cipta sejarah baru di kelantan....tahniah Tengku faris...

tengku fakry mesti menggeletar lutut la pahni :))
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
harap sume tengku2juh well prepared yer..kot2 sok sape2 kene petik jadi imam kang mengeletor :))
 

sokia

Legendary Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
16,256
Reaction score
5
Points
115
tahniah.....go go
 

sokia

Legendary Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
16,256
Reaction score
5
Points
115
nik aziz duk blkg, takpe...
 

KIOS

Legendary Member
Joined
Oct 24, 2008
Messages
15,888
Reaction score
93
Points
120
fuh.. bangga aku.
walaupun aku bukan org kelantan.

tengku mahkota pahang bila lagi??
 

serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
menitis air mata melihat berlakunya perubahan sebegini ...kalau tengok gambar pakai jubah macam rakyat jelata.

selangor bila lagi jika ini yang ditunjukan ana rasa tak lama lagi perjuangan islam akan kembali bertahta....

apa salahnya najib baca khutbah sebulam sekali di masjid negara. bukan nak menjatuhkan kepandaiannya...tetapi kita manusia sampai matipun kena belajar
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
menitis air mata melihat berlakunya perubahan sebegini ...kalau tengok gambar pakai jubah macam rakyat jelata.

selangor bila lagi jika ini yang ditunjukan ana rasa tak lama lagi perjuangan islam akan kembali bertahta....

apa salahnya najib baca khutbah sebulam sekali di masjid negara. bukan nak menjatuhkan kepandaiannya...tetapi kita manusia sampai matipun kena belajar
yup..bg aku..sbg pemimpin..kite kne bersedia semua la..takot sok kene tanye kt sana...jadi pemimpin bkn bende main2
 
Sponsored Post
Top
Log in Register