Pemangku ketua polis tawau parah ditikam

CG Sponsors




@sap_plan

Fun Poster
Joined
Dec 20, 2008
Messages
128
Reaction score
1
Points
15
TAWAU, 3 Jan (Bernama) -- Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Ramli Ali Mat cedera parah ditikam di kediamannya di Taman Ria 5, di sini awal pagi ini.

Menurut jurucakap polis, Ramli kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tawau dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim dijangka melawat Ramli di hospital itu hari ini.

Bernama difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi apabila sekumpulan lima lelaki menceroboh masuk ke rumah Ramli.

Ketika kejadian, Ramli difahamkan berseorangan di rumah itu.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=381358

...Pemangku Ketua Polis pun kena tikam..mmg tahap keberanian yang melampau yang menceroboh tue.:eek:
 
Sponsored Post

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
sapa lah mereka dan apalah tujuan mereka buat mcmni
 

reeez80

Legendary Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
14,659
Reaction score
5
Points
115
kalau dapat kesan ngan tangkap, memang 'masak' la depa nie... berani tol la...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register