Pemandu wanita warga asing rempuh kedai stesen minyak

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,455
Reaction score
2,441
Points
206


Kuala Lumpur: Seorang pemandu wanita warga asing secara tidak sengaja merempuh premis kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Bandar Bandar Baru Bangi, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian 2.20 petang, wanita berusia 33 tahun itu masuk ke dalam kereta Proton Saga bertransmisi manual lalu menghidupkan enjin.

"Bagaimanapun, tanpa disedari kenderaan berkenaan masih dalam gear dan bukan free (neutral) menyebabkan kenderaannya melonjak ke hadapan dan melanggar cermin kaca kedai lalu merempuh masuk ke dalam kedai berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kedai itu mengalami kerosakan cermin hadapan manakala kenderaan itu juga turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan tetapi pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Zaid turut menasihat pemandu agar berhati-hati terutama di kawasan yang berisiko selain berkata, pengusaha stesen minyak juga mungkin perlu memikirkan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan premis kedai dirempuh kenderaan.

 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register