BTC USD 118,359 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Van Sekolah Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian Kanak-kanak

Md Hanif

Active+ Member
Messages
4,666
Joined
Jun 13, 2023
Messages
4,666
Reaction score
219
Points
38
bfaa22a987272ffa21f029ea9f305787681b02fe8e547

Pemandu van sekolah Yau Chee Weng (dua, kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki yang tertinggal dalam van sekolah dalam kejadian di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, akhir bulan lepas.

Seorang pemandu van sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki yang tertinggal dalam van sekolah dalam kejadian di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, akhir bulan lepas.

Yau Chee Weng, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamad Khalid Ab Karim.

Mengikut pertuduhan, Yau didakwa meninggalkan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dua bulan itu sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia dalam sebuah motovan di hadapan sebuah tadika di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, antara pukul 8 pagi hingga 12.05 tengah hari, pada 30 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Seksyen 31(2) akta sama memperuntukkan bahawa mahkamah hendaklah memerintahkan pesalah menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik bagi satu tempoh yang sesuai, dan melaksanakan khidmat masyarakat tidak kurang daripada 36 jam dan tidak melebihi 240 jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah.

Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam Goh Toh Jen.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin warganegara berserta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu saksi sepanjang prosiding serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 12 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Pada 1 Mei lepas, media melaporkan seorang murid tadika berusia lima tahun maut selepas tertinggal dalam van sekolah selama lebih empat jam di Taman Bukit Indah.

 
Back
Top
Log in Register