BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu van halang ambulans ada tujuh saman trafik

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
14,717
Joined
Dec 6, 2010
Messages
14,717
Reaction score
891
Points
171


JOHOR BAHRU – Pemandu van yang tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans dalam kejadian di Kilometer 14 Lebuh Raya Pasir Gudang, di sini hari ini, mempunyai tujuh saman kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video berdurasi 47 saat di media sosial yang memaparkan pemandu van jenis Toyota Hiace menghalang laluan ambulans.

Menerusi rakaman tersebut, kejadian yang berlaku pada pukul 10.17 pagi itu menyebabkan pemandu ambulans tersebut terpaksa memotong melalui lorong kiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seri Alam telah mengesan pemandu berusia 38 tahun berkenaan dan telah mengambil tindakan terhadap lelaki tempatan tersebut.

Katanya, lelaki itu telah disaman sebanyak RM300 mengikut Peraturan 9(2) LN 166/59 kerana tidak memberi laluan kepada kenderaan polis/ambulans/bomba/penjara/kastam/Jabatan Pengangkutan Jalan.

Tambahnya, lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 56(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu vokasional (GDL). – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register