BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu treler maut kemalangan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan.
< 1 / 1 >
JOHOR BAHRU – Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 63.9, Lebuhraya Plus (arah selatan), berdekatan Simpang Renggam, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.50 pagi itu, pemandu treler yang maut, Shaari Sapari, 46, dari Kampung Masjid Bangi, Selangor tersepit di tempat duduk dan maut di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Mohd Noor Mohamad berkata, kemalangan itu melibatkan lima kenderaan dan turut menyebabkan pemandu lori, S Saravanan, 41, cedera parah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Shaari gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar belakang lori yang dipandu Saravanan dan mangsa turut melanggar tiga kenderaan berat yang lain.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta hubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang di talian 07-778 4222 untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta pengangkutan jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Komander Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Penolong Penguasa Bomba Mohd Saiful Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat dari Bilik Gerakan Operasi mengenai kemalangan itu jam 12.16 pagi.

“Seramai tujuh pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian mendapati terdapat dua pemandu tersepit dan anggota bomba mengambil masa 40 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

"Seorang mangsa yang dikeluarkan disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian dan seorang lagi yang cedera parah dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register