- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
JOHOR BAHRU - Kelancaran lalu lintas di Jalan Lingkaran Dalam menghala ke Pusat Pemeriksaan Kastam Tanjung Puteri di sini tergendala selama dua jam apabila kira-kira 50 pemandu treler selamba menghentikan kenderaan di tengah jalan dan menyekat aliran trafik sejauh lima kilometer.
Tindakan protes mereka terhadap dakwaan ada 'pilih kasih' dalam mengenakan saman atas kesalahan muatan berlebihan itu menyebabkan beribu pengguna jalan raya lain terkandas dengan beberapa jalan menghala ke laluan tersebut turut sesak teruk.
Seorang pemandu, Mat Amir Ahmad berkata, biasanya treler yang melebihi berat 24 metrik tan pasti ditahan tapi mereka tidak ada cara untuk mengetahui berat muatan kenderaan pada masa itu.
"Kami juga tidak puas hati kerana lori pasir tidak diperiksa tapi kami yang bawa batu ditahan,'' katanya.
Seorang lagi pemandu yang mahu dikenali sebagai Zam mendakwa, operasi itu yang memasuki hari kelapan tidak adil kerana hanya treler yang memasuki Singapura ditahan untuk ditimbang sedangkan lori dari republik itu ke Johor Bahru tidak ditahan.
Kembalinya stiker kebal kot...