BTC USD 84,327.6 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Perodua Viva Hitam ‘Hilang’ Lepas Punca Kemalangan Maut Penunggang 'Superbike'

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,254
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,254
Reaction score
7,299
Points
916
Awards
1
06.07.2024 - Satu kemalangan maut dilaporkan berlaku membabitkan motosikal berkuasa tinggi bersama sebuah kereta yang membelok secara tiba-tiba dari lorong kanan untuk keluar ke susur kiri jalan dalam kejadian di Jalan Yahya Aldatar, Johor Bahru, Johor, pada Sabtu. Kejadian tersebut dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi. Sebelum kejadian, kereta berkenaan pada awalnya dilihat dipandu di laluan kanan jalan berkenaan yang terdiri daripada empat lorong. Bagaimanapun, kenderaan terbabit kemudiannya secara tiba-tiba membelok untuk ke arah susur keluar kiri laluan berkenaan.

Pada masa sama, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mangsa dilihat sedang bergerak dari arah kiri lorong dan tidak sempat mengelak sebelum kedua-duanya bertembung. Berdasarkan klip terbabit, penunggang berkenaan yang dipercayai maut dalam kejadian tersebut dilihat terpelanting ke tepi jalan raya selepas berlanggar dengan kereta jenis Perodua Viva berwarna hitam. Menerusi maklumat awal diperolehi, kereta terlibat dalam kemalangan itu didakwa melarikan diri dari lokasi kejadian. "Pemiliknya (kereta Perodua Viva melarikan diri, harap dapat membantu saya mencari pemiliknya kerana nombor plat kereta tidak jelas. Harap semua netizen dapat membantu," tulis pengguna Facebook yang memuat naik video berkenaan. Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.

 
Sponsored Post

Adeh sbb ni lah moto elok ride on bike lane klu ado. Den ulang alik shah alam ke kg pandan 1996-2010 ride moto mostly on bike lane sbb takut dihimpit keto... Alhamdulillah slamat x penah eksiden
aku nih dh seminggu dok recovery fracture rib sbb jatuh moto .. hujan jln licin .. seb baek jatuh sorang² atas rumput yg basah dan ground yg lembut ..

xde calar balar pun .. cume lebam² dan frac.rib je .
 
aku nih dh seminggu dok recovery fracture rib sbb jatuh moto .. hujan jln licin .. seb baek jatuh sorang² atas rumput yg basah dan ground yg lembut ..

xde calar balar pun .. cume lebam² dan frac.rib je .

adehhh, get well soon jang,

retak rusuk ni sakitnyo yg keno ajo yg tau,
- nk berak sakit
- nk kencing sakit
- nk gelak, kentut, batuk, smuo sakit
- nk tido, baring & bangun tido sakittttt arggghhh!

nk drive keto pun sakit sbb baru tau all muscles are connected to core/abs muscles,

even nk angkat cawan pun blh sakit sbb retak rusuk...

been there, done that ekekekkeke
 
aku nih dh seminggu dok recovery fracture rib sbb jatuh moto .. hujan jln licin .. seb baek jatuh sorang² atas rumput yg basah dan ground yg lembut ..

xde calar balar pun .. cume lebam² dan frac.rib je .
Semoga cepat sihat

Dan semoga Viva hitam segera ditemui…
 
Penunggang 'Superbike' Maut, Polis Tahan Pemandu Viva Tukar Laluan Tiba-Tiba

07.07.2024 - Polis menahan pemandu Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian sekitar pukul 4.05 petang itu, Perodua Viva terbabit yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 40-an dilaporkan dalam perjalanan dari arah Skudai ke Permas Jaya. Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, pemandu terbabit telah mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri yang menyebabkan motosikal dinaiki mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian depan kiri kereta terbabit.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa tercampak pada bahu kiri jalan mnakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Raub berkata, akibat insiden terbabit, mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 20-an merupakan juruteknik mesin di Singapura parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu kereta bebas daripada sebarang jenis dadah. Raub berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan merbahaya. Katanya, pemandu ditahan yang bekerja sebagai penghantar barangan turut direman empat hari. Terdahulu, tular video memaparkan kemalangan terbabit memaparkan Perodua Viva terbabit secara tiba-tiba menukar laluan sehingga menyebabkan kemalangan bersama sebuah motosikal berkuasa tinggi.
1720352919388.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register