BTC USD 47,375.0 Gold USD 1,751.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pemandu maut lori pembancuh simen terbalik

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,289
Reaction score
395
Points
91
FB_IMG_1627909751270.jpg
FB_IMG_1627909753322.jpg
FB_IMG_1627909758699.jpg
FB_IMG_1627909766956.jpg
FB_IMG_1627909776385.jpg
FB_IMG_1627909779069.jpg

Pemandu maut lori pembancuh simen terbalik

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas lori pembancuh simen yang dipandunya terbabas dan terbalik ketika membuat pusingan U di jejambat pusingan U, Lebuh Raya Bukit Jalil dari arah Puchong menghala ke SIRIM, Bukit Jalil, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, mangsa yang berusia 40 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, hasil siasatan awal mendapati lori pembancuh simen itu dalam perjalanan ke sebuah tapak pembinaan.

“Kejadian berlaku apabila lori berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika mahu membuat pusingan U lalu terbabas dan merempuh batu penghadang di bahagian kiri jalan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan lori berkenaan terbalik dan mangsa yang berada di tempat duduk pemandu turut tersepit,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Gambar: Bomba Kuala Lumpur

#Kosmo
 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,757
Reaction score
851
Points
121
Haritu pun ada tengok lori siput ni tergolek masa buat U-Turn.
Ni bukan kes hilang kawalan ke apa, memang saja bawak laju.
Dia tak fikir bawak konkrit cair ni macam bawak tangki air jugak.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,756
Reaction score
2,101
Points
201
Haritu pun ada tengok lori siput ni tergolek masa buat U-Turn.
Ni bukan kes hilang kawalan ke apa, memang saja bawak laju.
Dia tak fikir bawak konkrit cair ni macam bawak tangki air jugak.

sebb tu lesen2 gdl ke atas ni local je leh amik... klu foregner.. aku rase mau semua di sodok
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,312
Reaction score
21,608
Points
1,671
Siput hijau je rasa company tu je. Yong apa entah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register