- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 261,253
- Reaction score
- 8,817
- Points
- 2,226

Bas yang membawa 20 penumpang warganegara China terbabas dan melanggar dinding bangunan kedai di Simpang tiga Jalan Hutton, Georgetown. - NSTP/Ihsan pembaca
Dalam kemalangan jam 5.50 pagi itu, Lee Kim Thai, 64, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata mangsa ketika itu dalam perjalanan untuk menghantar 20 pelancong warga China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
“Bagaimanapun, tiba-tiba bas yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh dinding kedai pakaian terpakai di kawasan berhampiran.
“Akibat rempuhan itu, mangsa cedera parah dan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Semua 20 pelancong warga China yang berada di dalam bas terbabit tidak cedera dan difahamkan sudah menaiki pesawat pulang ke negara mereka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu maut, bas bawa 20 pelancong China langgar kedai
GEORGETOWN: Seorang pemandu bas maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh dinding sebuah kedai pakaian terpakai di simpang tiga Jalan Larut, di sini, awal pagi tadi.