oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
KEADAAN Proton Perdana dipandu lelaki mabuk yang merempuh sekatan jalan sehingga menyebabkab anggota polis cedera. FOTO Ihsan PDRM
SEPASUKAN polis yang sedang melaksanakan Ops Mabuk di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di Georgetown, nyaris maut selepas kereta dipandu seorang lelaki mabuk merempuh sekatan jalan raya di situ.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, nasib menyebelahi anggotanya apabila berjaya mengelak kereta itu sebelum menahan suspek.
Dalam kejadian 1.50 pagi tadi itu, kereta dipandu suspek berusia 27 tahun berkenaan remuk teruk di bahagian hadapan.
“Suspek yang juga jurutera dari Cameron Highlands, Pahang itu memandu Proton Perdana dalam keadaan mabuk menghala ke Bayan Lepas dan gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh sekatan polis .
“Saringan alkohol dalam spesimen nafas suspek mendapati kandungan alkoholnya ialah 195 miligram (mg) dalam 100 milileter (ml) darah,” katanya.
Che Zaimani berkata, had yang dibenarkan ialah 80 mg bagi setiap 100 ml darah.
Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Trafik Lebuh Light pada 11 Julai ini mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/472642/pemandu-mabuk-rempuh-polis
.