Pemandu mabuk lawan arus: Peraih ikan didakwa bunuh penyelia Alam Flora bwh S302kk

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
View attachment 243472

Peraih ikan, Teoh Kian Peng, didakwa membunuh penyelia syarikat Alam Flora dalam kemalangan jalan raya selepas memandu secara melawan arus dalam keadaan mabuk di Jalan Pintasan Kuantan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini. - NSTP/Farizul Hafiz Awang


Pemandu mabuk: Peraih ikan didakwa bunuh penyelia Alam Flora


KUANTAN: Seorang peraih ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh Irwan Herman Kamarudin yang maut selepas keretanya dirempuh kenderaan dipandu melawan arus dekat Jalan Pintasan Kuantan, minggu lepas.

Teoh Kian Peng, 42, yang berkemeja-T putih dan berseluar pendek hitam kelihatan tenang, mengaku faham terhadap pertuduhan ke atasnya yang dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang berasal dari Tanah Putih di sini, didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran stesen minyak Petronas di Jalan Pintasan Kuantan di sini pada 9.20 malam, 25 Mei lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abd Ghani, tidak menawarkan jaminan memandangkan pertuduhan itu merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin dan memohon supaya tertuduh direman di Penjara Penor di sini, sementara menunggu perbicaraan.

"Kami juga mohon diberikan tarikh sebutan bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan empat laporan iaitu bedah siasat, kimia, forensik dan laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom)," katanya.

Tertuduh diwakili peguam Tay Yi Kuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Julai.

Irwan Herman, 41, penyelia di Alam Flora Sdn Bhd, maut selepas kereta Toyota Yaris yang dipandunya dirempuh kenderaan pacuan empat roda Toyota C-HR dipandu seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Siasatan awal polis mendapati kenderaan C-HR itu dipandu secara melawan arus sejauh tujuh kilometer dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu sebelum bertembung dengan kereta mangsa yang dalam perjalanan ke Gebeng di sini untuk bekerja syif malam pada hari kejadian. – BERNAMA






Lelaki maut dirempuh pemandu lawan arus dipercayai mabuk

26 May 2020

rempuh-pandu-lawan-arus-681x383.jpg

Kemalangan maut akibat pemanduan melawan arus dipercayai pemandu mabuk.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kenderaaannya dirempuh kereta melawan arus dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di Jalan Pintasan Kuantan, malam tadi.
Suspek yang dipercayai memandu melawan arus sejauh 7 kilometer sebelum merempuh kereta mangsa telah berjaya ditahan pihak polis.


Video serta gambar-gambar kemalangan dikongsi netizen di laman sosial dan masing-masing melahirkan rasa marah kerana kejadian malam tadi bukan yang pertama seumpamanya berlaku.

Berita selanjutnya menyusul. – MalaysiaGazette

 
Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Pemandu tersebut, yang cedera ringan di kaki, dibawa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum direman hari ini bagi membantu siasatan.




Lelaki maut dirempuh kereta lawan arus
Bernama
Diterbitkan Hari ini 9:11 am



Seorang lelaki maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus, dipercayai akibat pengaruh alkohol, di Jalan Pintasan Kuantan, di Kuantan, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt Kamarulzaman Jusoh, berkata dalam kejadian jam 9.20 malam itu, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41,meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.

"Mangsa yang memandu kereta Toyota Yaris difahamkan dalam perjalanan dari rumah di Sungai Isap Perdana ke Gabeng kerana bekerja syif malam sebelum kenderaannya dirempuh sebuah kereta Toyota C-HR yang dipandu melawan arus dan dalam keadaan berbahaya.

"Kereta itu dipercayai mula dipandu melawan arus dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu menyebabkannya hampir bertembung dengan beberapa buah kenderaan yang perlu mengelak daripada berlanggar," katanya semasa dihubung, hari ini.

Kamarulzaman berkata kereta Toyota C-HR itu dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun dan bekerja sebagai peraih ikan yang dipercayai telah mengambil minuman keras di rumah kawannya di Semambu sebelum kejadian.

Lelaki itu turut cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan sebelum direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata mayat mangsa juga dihantar ke HTAA untuk bedah siasat yang akan dijalankan selepas selesai ujian Covid-19.
-Bernama

 

eizjoe

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
6,175
Reaction score
37
Points
70
innalillah sungguh sakit rasa di hati
 

Rizal

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2008
Messages
12,158
Reaction score
665
Points
191
patutnya yg mabuk langgar tu mati
 

eizjoe

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
6,175
Reaction score
37
Points
70
takziah kepada keluarga arwah. begitu besar dugaan di awal hari raya
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,533
Reaction score
11,370
Points
2,376

Video pemandu lawan arus​
 

eizjoe

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
6,175
Reaction score
37
Points
70
patut kasi pukul sampai mampus
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Kakitangan Alam Flora maut dilanggar pemandu mabuk

26 Mei 2020
719543.jpeg

Kejadian berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota CHR yang datang dari arah Semambu memasuki jalan menghala ke pelabuhan secara melawan arus. - Foto ihsan pembaca




KUANTAN - Seorang kakitangan Alam Flora dalam perjalanan untuk bertugas syif malam maut dilanggar seorang pemandu dipercayai mabuk dalam kemalangan di jalan Kuantan By-Pass, kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata, mangsa dikenali sebagai Irwan Herman Kamarudin, 41, dilanggar seorang pemandu berusia 42 tahun yang dipercayai memandu kereta ketika berada di bawah pengaruh alkohol serta memandu secara melawan arus.

"Kejadian berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota CHR yang datang dari arah Semambu telah memasuki jalan menghala ke pelabuhan secara melawan arus dan kenderaan dipandu secara merbahaya.

"Situasi ini telah mengakibatkan beberapa kenderaan lain mengalami kemalangan kerana mengelak daripada bertembung dengan kereta yang dipandu suspek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

719542.jpeg

Kemalangan turut melibatkan beberapa kenderaan lain untuk mengelak kenderaan dipandu melawan arus oleh suspek. - Foto ihsan pembaca

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), untuk bedah siasat sementara pemandu tersebut yang cedera di bahagian kaki turut dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan.

Menurut Mohamad Noor, pemandu tersebut dipercayai baru selesai mengambil minuman keras di rumah rakannya di Taman Andora Peak sebelum kejadian itu.

Suspek telah ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.

719544.jpeg

Kereta dipandu suspek masuk laluan bertentangan dan dipandu secara merbahaya.


 

eizjoe

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
6,175
Reaction score
37
Points
70
marah betul aku kes mabuk ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register