BTC USD 97,285.3 Gold USD 2,867.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu lori rakam ‘pak belang’ berkeliaran di jalan Gua Musang-Jeli

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,126
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,126
Reaction score
1,333
Points
201
[VIDEO] Pemandu lori rakam ‘pak belang’ berkeliaran di jalan Gua Musang-Jeli

FB_IMG_1695786740253.jpg
FB_IMG_1695786741996.jpg


GUA MUSANG: Seorang pemandu lori dan kelindannya terkejut apabila terserempak dengan seekor harimau belang yang berkeliaran di Jalan Gua Musang-Jeli, dekat Bukit Meranto.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam itu, pemandu lori, Che Fiti Zulhilmi Che Leh, 22, sempat merakamkan aksi haiwan itu.

Che Fiti Zulhilmi berkata, ketika kejadian dia bersama kelindan, Mohd Amir Saari, 25, dalam perjalanan pulang dari Jeli menuju ke Gua Musang.

“Sebenarnya semalam dua kali saya terserempak dengan harimau belang di lokasi sama.

Gambar harimau belang yang sempat dirakam Che Fiti Zulhilmi di Jalan Gua Musang-Jeli, berhampiran Bukit Meranto, di sini, semalam. – FOTO: NSTP

“Pada pagi saya hanya sempat mengambil gambar ‘pak belang’ terbabit. Tetapi pada petangnya saya sempat merakam video dan dikongsikan di kumpulan WhatsApp,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, ini kali pertama dia terserempak haiwan liar itu walaupun menggunakan laluan terbabit setiap hari.

“Saya harap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dapat menangkap harimau belang ini kerana bimbang sekiranya ada kenderaan yang tidak nampak boleh menyebabkan kemalangan.

“Haiwan itu kelihatan berkeliaran di jalan utama dari Gua Musang ke Jeli,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Kelantan Mohamad Hafid Rohani mengesahkan menerima aduan berkaitan kejadian itu, semalam.

“Pihak kami sudah ke tempat kejadian dan menjalankan siasatan,” katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register