BTC USD 19,605.1 Gold USD 1,697.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Lori Mati Dibelasah

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,380
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
JITRA 14 Nov. - Seorang pemandu lori berusia 49 tahun maut selepas dibelasah sekumpulan lelaki di hadapan sebuah gerai di pekan Tunjang di sini semalam.

Nazari Ramli disahkan meninggal dunia di Hospital Jitra selepas dikejarkan ke situ bagi mendapatkan rawatan ekoran kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu.

Mangsa yang berasal dari Simpang Empat, Perlis dikatakan mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul termasuk dengan menggunakan objek keras oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaludin Hamenuddin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Polis menemui kayu golf di tempat kejadian dipercayai digunakan oleh suspek dalam pergaduhan tersebut.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini tiada sebarang tangkapan dijalankan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kubang pasu di sini hari ini.

Sementara itu, isteri mangsa, Ku Rohani Ku Darus, 46, ketika ditemui di rumah mayat HSB berkata, dia hairan kenapa suaminya terlibat dengan kejadian tersebut kerana sepanjang pengetahuannya, Nazari tidak mempunyai banyak masalah atau musuh.

Menurutnya, kejadian itu amat mengejutkan keluarganya, lebih- lebih lagi ia berlaku kira-kira dua bulan sebelum majlis perkahwinan anak sulung mereka, Saiful Rizan, 25, yang dijadual berlangsung pada penghujung Januari ini.

Suri rumah itu bagaimanapun pasrah dengan kejadian tersebut dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
 
Sponsored Post

ulam

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,373
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
60
Points
120
"Polis menemui kayu golf di tempat kejadian dipercayai digunakan oleh suspek dalam pergaduhan tersebut.

Pergh...
x dapat aku dapat gambarkan kesakitan yg diterima simati..... :(
 

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,380
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
tulah... ganas tul orang skrg nie..
 

ajid182

Active Member
Messages
1,607
Joined
Aug 6, 2008
Messages
1,607
Reaction score
7
Points
25
ni mesti ade buat kes...tu yg kene belasah...
kadang2 pemandu lori ni jlan jem pun bwk lori bedesup je lajunye...
 

kancil biru

Legendary Member
gem
Messages
11,642
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,642
Reaction score
1,100
Points
191
ermmm x kisah la kalau dia ada buat kes atau x .tp x boleh la sampai nk belasah sampai mati.. ajal tu ditangan Allah bukan kita.. kan dah dapat dosa besar
 

jejantas

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,708
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,708
Reaction score
926
Points
161
JITRA 14 Nov. - Seorang pemandu lori berusia 49 tahun maut selepas dibelasah sekumpulan lelaki di hadapan sebuah gerai di pekan Tunjang di sini semalam.

Nazari Ramli disahkan meninggal dunia di Hospital Jitra selepas dikejarkan ke situ bagi mendapatkan rawatan ekoran kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu.

Mangsa yang berasal dari Simpang Empat, Perlis dikatakan mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul termasuk dengan menggunakan objek keras oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaludin Hamenuddin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Polis menemui kayu golf di tempat kejadian dipercayai digunakan oleh suspek dalam pergaduhan tersebut.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini tiada sebarang tangkapan dijalankan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kubang pasu di sini hari ini.

Sementara itu, isteri mangsa, Ku Rohani Ku Darus, 46, ketika ditemui di rumah mayat HSB berkata, dia hairan kenapa suaminya terlibat dengan kejadian tersebut kerana sepanjang pengetahuannya, Nazari tidak mempunyai banyak masalah atau musuh.

Menurutnya, kejadian itu amat mengejutkan keluarganya, lebih- lebih lagi ia berlaku kira-kira dua bulan sebelum majlis perkahwinan anak sulung mereka, Saiful Rizan, 25, yang dijadual berlangsung pada penghujung Januari ini.

Suri rumah itu bagaimanapun pasrah dengan kejadian tersebut dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

***** punya Melayu.... bunuh sama sendiri
 

matlan

Passed Away
Messages
7,279
Joined
Apr 11, 2007
Messages
7,279
Reaction score
165
Points
73
"Polis menemui kayu golf di tempat kejadian dipercayai digunakan oleh suspek dalam pergaduhan tersebut.

Pergh...
x dapat aku dapat gambarkan kesakitan yg diterima simati..... :(

walaupun nama dia kayu golf tapi sebenarnya batang besi; sungguh siksa si mati sebelum menghembus nafas terakhir..

Al-Fatihah utk Allahyarham dan takziah untuk keluarga si mati..
 

mrafif

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Apr 28, 2006
Messages
2,868
Reaction score
12
Points
25
ish3~ sedey btol.. kenape sampai sekumpulan lelaki diperlukan untuk membelasah seorang lelaki? mmg takde telor la kaki pukul zaman sekarang ni.

al-fatihah...
 

adioz88

Super Active Member
Messages
6,659
Joined
Jun 15, 2008
Messages
6,659
Reaction score
12
Points
65
ish3~ sedey btol.. kenape sampai sekumpulan lelaki diperlukan untuk membelasah seorang lelaki? mmg takde telor la kaki pukul zaman sekarang ni.

al-fatihah...

bukan tak ada telur
telur dok kat dahi
tu yang bawak geng
 
Sponsored Post

Top
Log in Register