BTC USD 63,777.6 Gold USD 1,776.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu ingatkan orang ramai berwaspada dengan satu komplot babitkan deposit wang

rasyid9449

Active+ Member
Joined
Jul 10, 2009
Messages
3,469
Reaction score
73
Points
30
KUALA LUMPUR: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan(Pemandu) tidak pernah melantik mana-mana individu, syarikat atau pertubuhan bagi mempelawa orang ramai untuk mendepositkan wang dengan janji mendapatkan geran buat mereka untuk projek-projek.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman webnya, Pemandu mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan mereka yang mendakwa menawarkan akses kepada geran Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA/NKRA) yang merupakan sebahagian dari Program Transformasi Kerajaan/Program Transformasi Ekonomi.

"Pemandu ingin menasihatkan orang ramai bahawa ia tidak mengagih-agihkan geran melalui mana-mana individu, syarikat atau pertubuhan atau melantik mana-mana syarikat untuk mendapatkan projek-projek bagi pihaknya.

"Sesiapa yang diminta untuk mendepositkan sejumlah wang bagi mendapatkan geran yang dikatakan itu diminta supaya membuat laporan di balai polis berdekatan dengan segera," kata kenyataan itu.


Sementara itu, satu sumber dari Pemandu, ketika dihubungi Bernama berkata ia

akan membuat satu laporan polis tidak lama lagi tetapi enggan mengulas.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dinasihatkan menghubungi Barbara Dubah Jabu melalui e-mel [email protected] atau boleh melayari laman web Pemandu di http://pemandu.gov.my untuk maklumat lanjut.

Pemandu, ditubuhkan pada 16 September 2009 dan merupakan satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang bertujuan untuk menyelia pelaksanaan dan mengetahui perkembangan dalam program transformasi kerajaan, menyediakan kemudahan dan juga sokongan bagi NKRA dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). -Bernama
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register