BTC USD 81,886.7 Gold USD 3,035.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Grab wanita rugi setengah juta kena tipu scammer

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,077
Joined
Apr 18, 2010
Messages
48,077
Reaction score
5,260
Points
486
Awards
1
scam-duit.jpeg


PASIR GUDANG – Seorang pemandu Grab berputih mata setelah wang pelaburannya berjumlah RM504,000 lebur begitu sahaja akibat diperdaya skim pelaburan saham dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa wanita berusia 44 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini Isnin lalu.

Katanya, menurut laporan itu, mangsa mendakwa telah terpedaya dengan skim pelaburan saham yang dilihat ketika melayari laman sosial Facebook pada Ogos lalu.

“Mangsa telah dimasukkan ke dalam satu kumpulan Whatsapp kumpulan saham dan setelah membaca penerangan dalam kumpulan tersebut, mangsa berminat untuk mencuba dan diberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk melabur.

“Mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak tiga peratus daripada modal pelaburan yang akan diperoleh segera dan berjalan selama tiga bulan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, mangsa diarahkan untuk memuat naik aplikasi pelaburan bernama Arcadia Equity untuk urusan selanjutnya.

Katanya, disebabkan tertarik dengan skim pelaburan yang ditawarkan, mangsa telah melakukan 10 transaksi pembayaran dari 17 Oktober hingga 21 November lalu ke dalam empat akaun berbeza keseluruhan berjumlah RM504,000. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

3% tempoh 3 bulan tu..
baru 12% setahun..
byk je instroment yg sah leh dpt sehingga 10% setahun, dari amik risiko gini
kalau 12% yg aku tahu publicmutual la tp yg risk punya,
still rendah dividen utk kena tipu,
kalau dia bagi 30% 3 bulan tu baru la best terpedaya
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register