BTC USD 52,244.5 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pemandu e-hailing diacu senjata, disamun penumpang

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,087
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,087
Reaction score
435
Points
91
Pemandu e-hailing diacu senjata, disamun penumpang
FB_IMG_1635004030059.jpg

Kota Kinabalu: Pemandu e-hailing berdepan detik cemas selepas disamun dua lelaki dalam kejadian di Lorong Burung Keleto, Kampung Likas di sini, semalam.

Dalam kejadian pada 12.23 tengah malam itu, mangsa berusia 25 tahun yang diacukan benda tajam di leher terpaksa menyerahkan dompet dan telefon pintar miliknya kepada dua lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pemandu e-hailing itu mengambil kedua suspek di tepi Jalan Tanjung Lipat berhampiran SICC di sini.

Menurutnya, sebaik sampai di lokasi kejadian, seorang daripada suspek mendakwa mahu mengambil wang di rumahnya dan seorang lagi menunggu di dalam kereta.

"Secara tiba-tiba, suspek di dalam kenderaan terus mengacukan senjata tajam pada leher mangsa dan mengarahkannya supaya menyerahkan barang berharga kepadanya.

"Berlaku sedikit pergelutan antara mereka dan suspek bertindak agresif sehingga memaksa menyerahkan barangan kepada penjenayah terbabit.

"Suspek kemudian melarikan diri ke arah kebun pisang berdekatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Zaidi berkata, mangsa yang terselamat tanpa sebarang kecederaan terus meninggalkan tempat kejadian.

Katanya, mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

@hmetro.com.my
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,649
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,649
Reaction score
2,747
Points
201
Bdk maxim yg kena, kwsn tu memang blacklist, bnyk pilak sebetun org local kt pendatang asing....tp hairan walaupun bnyk kes, kerajaan negeri rileks ja xdk perubahan apa pun....
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
1230malam berani betol accept job. Likas line panas ramai pati
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
657
Points
81
Tgh cari rezki..kena samun.. aduii.. kesian nya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register