BTC USD 97,622.9 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu diselamatkan orang awam, kereta terjunam Sungai Durian

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,307
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,307
Reaction score
1,343
Points
201
Pemandu diselamatkan orang awam, kereta terjunam Sungai Durian

KUALA KRAI: Seorang lelaki diselamatkan orang awam selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Durian, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu jam 6.23 petang.

Kejadian berlaku ketika mangsa, 28, memandu Proton Exora dari arah Kota Bharu menuju Kuala Krai, sebelum kenderaan itu terbabas lalu terjunam ke sungai.

“Mangsa berjaya dikeluarkan penduduk setempat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Pegawai Bomba Kanan II Juniman Junoh, berkata lapan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba, mangsa sudah dikeluarkan orang awam,” katanya.

Artikel Buletin Tv3




6269216414984421897_121.jpg


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register