Pemandu Di Syaki Mabuk Langgar Kereta Peronda Polis

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,923
Reaction score
3,003
Points
236
16.02.2020 - Kuala Lumpur, Seorang pemandu yang disyaki mabuk melanggar sebuah kereta peronda polis di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima maklumat awal mengenai satu kemalangan jalan raya pada pukul 4.02 pagi melibatkan sebuah kereta berada di tengah jalan dalam keadaan rosak teruk dan tidak boleh bergerak.

“Anggota berpangkat koperal yang bertugas meletakkan kereta peronda polis dipandunya di belakang kenderaan kemalangan (tengah jalan) itu dan memasang lampu biru serta lampu kecemasan selain membantu kawalan lalu lintas.

“Bagaimanapun, sebuah kereta jenis Nissan tiba-tiba datang dari arah belakang lalu merempuh kereta peronda polis berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zani berkata pemandu kereta Nissan itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/511017
 
Sponsored Post

valentinik

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
2,663
Reaction score
298
Points
41
Polis pun dah x selamat,kalau xde tindakan tegas memang malu laaa..
 

WalKing

Fun Poster
Joined
Jun 17, 2014
Messages
286
Reaction score
29
Points
30
Mabuk2... Allah dah berfirman dalam Al-Quran tapi manusia ego sombong tak mahu mendengar. Semoga semua kita semua beroleh hidayah
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,281
Reaction score
266
Points
81
Kt pajam sorg meninggal. Babi betul
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,026
Reaction score
494
Points
96
tunggu pemandu mabuk langgar menteri pula
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
58,155
Reaction score
8,477
Points
1,746
Sinar Harian
1 min ·
Pemandu berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut - Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor


Pemandu rempuh kereta polis negatif alkohol

16 Februari 2020

Keadaan kereta peronda polis yang dirempuh di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pagi tadi.




SHAH ALAM - Pemandu kereta jenis Nissan Teana yang melanggar kereta peronda polis di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, pagi tadi, didapati negatif alkohol.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pemandu berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

"Ujian saringan air kencing terhadap pemandu itu didapati negatif (alkohol)," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu disyaki mabuk rempuh kereta peronda polis
Dalam kejadian sekitar jam 4.05 pagi itu, kereta peronda polis dilanggar sebuah kereta jenis Nissan Teana yang dipandu seorang lelaki ketika dua anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Kelana Jaya sedang bertugas memberi bantuan kepada pemandu Proton Satria yang terbabit dalam kemalangan.

Azman memaklumkan, tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

amirbsp

Active Member
Joined
Sep 25, 2013
Messages
1,340
Reaction score
32
Points
30
tkpe leh claim insurance... lps2 klu jadi lagi cam nih,... semua leh settle.....

aku tak tahu mana adilnya....
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
33,192
Reaction score
1,662
Points
206
ujian air kencing kena buat lagi sekali.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register