hiduprakyat
Super Active Member

- Messages
- 8,987
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 8,987
- Reaction score
- 588
- Points
- 121
Pemandu cedera, lori masuk gaung sedalam 15 meter
BENTONG, 26 Mac- Seorang pemandu lori berdepan detik cemas selepas lori tangki yang dinaikinya terlibat kemalangan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Kilometer 42.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Timur, di sini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada pukul 8.43 pagi tadi.
Bertindak atas maklumat itu, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera sejurus panggilan diterima.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Badrul Hisham Saari berkata, pemandu lori tersebut mengalami kecederaan dan dapat dikeluarkan dengan bantuan orang awam di lokasi.
Mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada petugas perubatan untuk rawatan lanjut.
Berita RTM