Pemalsuan cap sempadan, 23 individu ke mahkamah

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,931
Reaction score
11,102
Points
1,906
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,549
Reaction score
499
Points
91
betul tu tn pudins, klu setakat reman reman ni, mungkin ada kemungkinan berenti setakat tu, pendakwaan tak kunjung tiba
Heheh...nampak gayanya CMM pun dah mula terima realiti perlaksanaan undang2 kat malaysia ni.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,931
Reaction score
11,102
Points
1,906
Heheh...nampak gayanya CMM pun dah mula terima realiti perlaksanaan undang2 kat malaysia ni.
tn pudins, mula perasan permainan ni masa mantan KP SPRM Dzulkifli Ahmad. punyalah ramai penguatkuasa kena reman, kes kes tu kita dengar mcm real dan convincing (bukan strong formidable convincing..' ye:D ).
alih alih setakat reman je
pastu sikit sikit dah nampak permainannya
mcm acah acah nak dakwa, bawak reman dulu. tapi setakat tu je
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,524
Reaction score
3,680
Points
236
Patriot Persoal Pegawai Imigresen Terlibat Aktiviti Haram Tanpa Di Sedari Pihak Atasan

21.11.2020 - Kuala Lumpur, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) meluahkan rasa terkejut berhubung tangkapan begitu ramai pegawai imigresen yang didakwa melakukan kegiatan haram di luar pengetahuan pegawai atasan mereka baru-baru ini. Menyifatkan penangkapan itu sebagai sesuatu yang membimbangkan, presidennya Mohamed Arshad Raji berkata ia juga menunjukkan keadaan tidak baik wujud dalam Jabatan Imigresen.

“Jumlah tangkapan yang besar adalah petunjuk kepada kelemahan yang wujud dalam pengurusan, operasi, dan kawalan Jabatan Imigresen. Sukar dipercayai begitu ramai pegawai yang tidak bertanggungjawab dibiarkan melakukan kegiatan haram mereka sejak sekian lama tanpa disedari oleh pihak atasan, melainkan pihak atasan sendiri turut terlibat dalam kegiatan haram itu,” kata Arshad dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penangkapan itu juga memberi cerminan betapa lemahnya kepemimpinan jabatan terbabit, kerana mereka sepatutnya tahu bahawa pekerjaan masing-masing menuntut pematuhan ketat peraturan dan prosedur jabatan. Arshad merujuk tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap 50 orang, termasuk 28 pegawai imigresen, yang merupakan sebahagian daripada sebuah sindiket baru-baru ini.

Sindiket berkenaan, yang aktif sejak setahun lalu itu, memberi khidmat kepada majikan yang mahu pekerja asing mereka terus berada di sini atau pulang ke negara asal. Mereka dipercayai beroperasi di pintu keluar-masuk utama negara, termasuk KLIA, klia2, dan Komplek Kastam dan Kuarantin di bangunan Sultan Ismail (BSI) di Johor Bahru. Mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan SPRM dan Jabatan Imigresen yang dinamakan Ops Selat.

Lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi dirampas. Arshad menggesa Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dipantau lebih ketat oleh badan penyiasat dan agensi keselamatan kerajaan berkaitan, dengan merujuk kes melibatkan JPN yang dilaporkan tahun lalu.

“Pada September 2019, negara itu dikejutkan dengan penangkapan 20 pegawai JPN di Pulau Pinang kerana menjual dokumen pengenalan diri Malaysia kepada warga asing dengan bayaran antara RM100,000 hingga RM600,000. Dilaporkan bahawa penolong pengarah JPN negeri turut terlibat. Tidak banyak yang diketahui mengenai hasil siasatan itu, dan sama ada pertuduhan mahkamah difailkan terhadap pelaku,” katanya.

Arshad berkata, kerajaan mesti menganggap kegiatan haram yang dilakukan pegawai kedua-dua agensi itu sebagai pengkhianatan.

“Kerajaan mesti mengambil sikap tegas terhadap kegiatan sedemikian pada masa depan. Justeru Patriot menggesa kerajaan supaya membuat rombakan besar-besaran ke atas kedua-dua jabatan itu. Ketua jabatan perlu diberitahu dengan jelas bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan dalam jabatan mereka pada masa depan ,” katanya.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...t-aktiviti-haram-tanpa-disedari-pihak-atasan/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,524
Reaction score
3,680
Points
236
untung berada di Malaysia, kalau kat India maksud perkataan "reman" tu dah beri kebenaran sape2 pegawai masuk balai tu boleh bagi penyepak kat kepala :D
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,931
Reaction score
11,102
Points
1,906
#kualalumpur Siasatan awal SPRM mendapati Timbalan Pengarah terbabit menerima wang rasuah puluhan ribu ringgit sebulan dan mampu hidup mewah.
https://www.hmetro.com.my/.../cap-palsu-pegawai-kanan-jim...

Cap palsu: Pegawai kanan JIM berpangkat Timbalan Pengarah ditahan


LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.



Kuala Lumpur: Gelap mata dengan tawaran puluhan ribu ringgit sebulan menyebabkan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berpangkat Timbalan Pengarah didakwa bersekongkol dengan sindiket urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara.

Menurut sumber, pegawai kanan dengan gred KP48 itu bertugas di Ibu Pejabat JIM itu adalah tiga lagi individu terbaharu ditahan semalam termasuk dua lagi anggota gred KP19 dan KP22 bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

"Mereka berusia 38 hingga 54 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

"Setakat ini siasatan awal mendapati Timbalan Pengarah terbabit menerima wang rasuah puluhan ribu ringgit sebulan dan mampu hidup mewah," katanya.

Sumber berkata, setakat ini seramai 53 individu sudah ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.
"Penahanan itu membabitkan 31 anggota dan pegawai JIM, 17 ejen pekerja asing serta lima orang awam.

"Kita tidak menolak akan ada lagi penahanan lain jika siasatan mendapati terdapat individu lain yang bersekongkol dengan sindiket terbabit," katanya.

Katanya, ketiga-tiga mereka yang ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah semalam.

"Selain itu, SPRM turut mengemukakan permohonan untuk menyambung perintah reman 10 suspek lain dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam yang terbabit membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.

"Sindiket ini membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh," katanya.

SPRM sebelum ini mendedahkan, lebih 30,000 warga asing bolos dan RM14.5 juta wang sogokan diagihkan dalam kalangan kakitangan JIM sepanjang tempoh empat tahun.

Angka itu diperoleh hasil penahanan 27 anggota dan pegawai JIM yang mendedahkan aktiviti rasuah menerusi proses penyediaan kaunter khas sejak 2017.

Wang tunai RM800,000, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi turut dirampas yang mana jumlah berkenaan tidak termasuk rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya yang turut dirampas.
Secara purata, setiap tahun sejak empat tahun lalu, RM3.6 juta diagih sesama anggota dan pegawai JIM yang terbabit dengan sindiket ini.

Kemewahan kakitangan JIM yang terbabit dengan sindiket juga amat ketara berikutan mereka menggunakan wang rasuah diterima untuk membeli rumah, kereta, beg tangan berjenama, barangan kemas dan tanah.




Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2020 @ 7:14 PM

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,331
Reaction score
2,174
Points
206
SPA kena buat pengambilan baru la macam ni kalau ramai yang ke dalam.
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,145
Reaction score
951
Points
121
Patriot Persoal Pegawai Imigresen Terlibat Aktiviti Haram Tanpa Di Sedari Pihak Atasan

21.11.2020 - Kuala Lumpur, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) meluahkan rasa terkejut berhubung tangkapan begitu ramai pegawai imigresen yang didakwa melakukan kegiatan haram di luar pengetahuan pegawai atasan mereka baru-baru ini. Menyifatkan penangkapan itu sebagai sesuatu yang membimbangkan, presidennya Mohamed Arshad Raji berkata ia juga menunjukkan keadaan tidak baik wujud dalam Jabatan Imigresen.

“Jumlah tangkapan yang besar adalah petunjuk kepada kelemahan yang wujud dalam pengurusan, operasi, dan kawalan Jabatan Imigresen. Sukar dipercayai begitu ramai pegawai yang tidak bertanggungjawab dibiarkan melakukan kegiatan haram mereka sejak sekian lama tanpa disedari oleh pihak atasan, melainkan pihak atasan sendiri turut terlibat dalam kegiatan haram itu,” kata Arshad dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penangkapan itu juga memberi cerminan betapa lemahnya kepemimpinan jabatan terbabit, kerana mereka sepatutnya tahu bahawa pekerjaan masing-masing menuntut pematuhan ketat peraturan dan prosedur jabatan. Arshad merujuk tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap 50 orang, termasuk 28 pegawai imigresen, yang merupakan sebahagian daripada sebuah sindiket baru-baru ini.

Sindiket berkenaan, yang aktif sejak setahun lalu itu, memberi khidmat kepada majikan yang mahu pekerja asing mereka terus berada di sini atau pulang ke negara asal. Mereka dipercayai beroperasi di pintu keluar-masuk utama negara, termasuk KLIA, klia2, dan Komplek Kastam dan Kuarantin di bangunan Sultan Ismail (BSI) di Johor Bahru. Mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan SPRM dan Jabatan Imigresen yang dinamakan Ops Selat.

Lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi dirampas. Arshad menggesa Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dipantau lebih ketat oleh badan penyiasat dan agensi keselamatan kerajaan berkaitan, dengan merujuk kes melibatkan JPN yang dilaporkan tahun lalu.

“Pada September 2019, negara itu dikejutkan dengan penangkapan 20 pegawai JPN di Pulau Pinang kerana menjual dokumen pengenalan diri Malaysia kepada warga asing dengan bayaran antara RM100,000 hingga RM600,000. Dilaporkan bahawa penolong pengarah JPN negeri turut terlibat. Tidak banyak yang diketahui mengenai hasil siasatan itu, dan sama ada pertuduhan mahkamah difailkan terhadap pelaku,” katanya.

Arshad berkata, kerajaan mesti menganggap kegiatan haram yang dilakukan pegawai kedua-dua agensi itu sebagai pengkhianatan.

“Kerajaan mesti mengambil sikap tegas terhadap kegiatan sedemikian pada masa depan. Justeru Patriot menggesa kerajaan supaya membuat rombakan besar-besaran ke atas kedua-dua jabatan itu. Ketua jabatan perlu diberitahu dengan jelas bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan dalam jabatan mereka pada masa depan ,” katanya.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...t-aktiviti-haram-tanpa-disedari-pihak-atasan/
jgn terkejut pakcik, bkn situ saja bnyk lg klau sprm nak korek, klau org main projek fhm la mcm mn perangai geng tentera nie, nasib xkantoi lg ja.....
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,670
Reaction score
21,084
Points
1,671
timb pengarah kena tahan bunyi mcm sedap je jalan cerita ni kan. ending die mesti plot twist
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,591
Reaction score
271
Points
96
Majikan yang hired jalan belakang ni tak kena apa-apa tindakan ke ?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register