BTC USD 69,744.9 Gold USD 2,421.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemain England Bawa Balik Kucing Dari Qatar Untuk Di Bela

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,231
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,231
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
12.12.2022 - Global, Jika skuad Brazil dikatakan terkena sumpahan kucing sebaliknya nasib seekor kucing jalannya bakal berubah apabila akan di bawa pulang ke England. Seekor kucing jalanan yang sesat diambil sebagai anak angkat oleh dua bintang Manchester City, Kyle Walker dan John Stones. Kucing jalanan itu juga disukai rakan pasukan England sering berkeliaran di pangkalan latihan mereka. Kucing jalanan itu diberi nama Dave oleh Stones, perlu menjalani kuarantin selama empat bulan sebelum boleh tinggal bersama dua pemain City itu. Kedua-dua pemain itu akan membawa pulang kucing berkenaan dan bersedia untuk kehidupan baharunya di UK.

"Dia hanya berada di sana pada satu hari, jadi kami baru sahaja mengambilnya untuk dipelihara, saya dan Stonesy," kata Walker kepada saluran media rasmi FA. Dave amat dialu-alukan... Sesetengah orang tidak menyukai kucing, tetapi saya sukakannya. Hari pertama kami tiba di sana... Dave muncul," tambah Stones.

Mereka kini sedang memutuskan siapa di antara mereka yang akan mengambil dan menjaga kucing kesayangan itu. Dave sebelum perlawanan suku akhir menentang Perancis dijaga oleh Persatuan Kebajikan Haiwan Qatar dan di bayar sekitar £2,000 (RM10,807) untuk diletakkan mikrochip dan divaksinasi terhadap virus termasuk rabies.

 
Sponsored Post

Pemain England Bawa Balik Kucing Dari Qatar Untuk Di Bela

Walaupun skuad England tidak berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia namun dua pemain pertahanan, Kyle Walker dan John Stones tetap membawa pulang seekor kucing jalanan yang sentiasa menemani pasukan itu di Qatar. Skuad kendalian Gareth Southgate itu tewas 1-2 kepada juara bertahan, Perancis di peringkat suku akhir sekaligus meranapkan impian mereka untuk julang Piala Dunia tahun ini.

Walker dan Stones amat menyukai kucing tersebut dan diberi nama Dave. Bagaimanapun, kucing itu perlu mengharungi ujian darah dan divaksinkan dahulu sebaik sahaja tiba di London. Dave bakal menjalani tempoh kuarantin selama 4 bulan sebelum dibenarkan tinggal bersama dua pemain Manchester City itu. Kucing tersebut turut kelihatan di kem latihan skuad England dan kini menjadi kesayangan pemain.

“Hari pertama kami tiba di sana, Dave muncul. Setiap malam dia duduk di sana menunggu makanannya,” kata Stones.

“Dave ok, dia ada bergaduh sedikit dengan kucing lain. Mungkin mereka bergaduh untuk merebut tempat dan makanan tetapi anda tahu, dia baik-baik sahaja. Saya harap dapat penuhi janji untuk membawanya pulang. Dia hanya berada di sana pada satu hari, jadi kami baru sahaja mengambilnya untuk dibela oleh saya dan Stones. Dave amat dialu-alukan… Sesetengah orang tidak menyukai kucing, tetapi saya sukakannya,” kata Walker kepada saluran media rasmi FA.

Kucing jalanan menjadi antara topik perbualan popular dalam kalangan peminat bola sepak sepanjang kejohanan Piala Dunia berlangsung. Beberapa hari lepas, sidang media pasukan Brazil di Stadium Al Arabi SC, Doha mengejutkan para wartawan apabila pegawai skuad Samba itu bertindak ‘melemparkan’ seekor kucing ke lantai. Ketika insiden berkenaan berlaku, pemain sayap Brazil, Vinicius Junior sedang menjawab soalan diajukan wartawan sebelum seekor kucing melompat ke atas meja.

Pegawai akhbar itu mengangkat kucing tersebut dengan cara yang salah dan melemparkannya ke bawah meja, menyebabkan ramai yang menganggap ia satu penganiayaan terhadap haiwan. Skuad samba itu akhirnya tersingkir daripada Piala Dunia selepas Croatia mengalahkan Brazil 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti sekali gus layak ke separuh akhir. Namun sesetengah daripada peminat menyifatkan Brazil terkena ‘sumpahan’ Kucing merujuk kepada insiden dengan pegawai media itu sebagai karma terhadap pasukan yang kalah.​


 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register