Pemain billiard tersohor dunia pula peluk Islam

CG Sponsors




DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,786
Reaction score
917
Points
176
MASHAD (Iran): Pemain billiard tersohol dunia, David John memeluk Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, timur laut Iran.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah menjadi juara EBSA, kejohanan billiard popular di peringkat global, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain baru-baru ini.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran).

Beliau berkata, "revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah bersifat kemanusiaan."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," katanya.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=10170
 
Sponsored Post

panarol

Fun Poster
Joined
Mar 26, 2010
Messages
554
Reaction score
7
Points
15
bertambah sorang lg umat ISLAM...
takbir!!!
 

dr_zool

Legendary Member
Joined
May 26, 2009
Messages
13,409
Reaction score
59
Points
120
alhamdulillah..sykur..bertambah seorng lg muslim
 

zerkz

Super Active Member
Joined
Jul 29, 2009
Messages
6,040
Reaction score
47
Points
70
iran? syiah ke? erm.. masalah jgk nih..
 

ivy_aku

Super Active Member
Joined
Jan 7, 2009
Messages
7,088
Reaction score
20
Points
65
alhamdulillah.. btambah pengikut nabi MUhammmad :)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register