- Joined
- Apr 26, 2008
- Messages
- 76,139
- Reaction score
- 63
- Points
- 525
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Salman Hamat
[email protected]
PETALING JAYA: Niat seorang anggota polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk membantu memberkas seorang penjenayah bertukar tragedi apabila tembakan dilepaskannya terkena rakan setugas hingga mati.
Sebelum itu, anggota polis bantuan berkenaan yang melihat rakannya, Norhafiz Hanafi, 23, bergelut dengan pencuri kabel elektrik segera mengeluarkan pistolnya lalu melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek.
Satu daripada tembakan itu bagaimanapun terkena sebelah kiri badan Norhafiz hingga menembusi belakang sebelah kanan.
Menceritakan kejadian terbabit, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Hasnan Hasan, berkata Norhafiz dan rakannya berusia 26 tahun sedang mengintip kegiatan seorang warga Myanmar yang dikenal pasti kerap mencuri kabel di landasan kereta api di Batu 6 1/2, Jalan Klang Lama di sini, kira-kira jam 3 petang.
“Ketika suspek leka menggulung kabel, kedua-dua anggota polis bantuan berkenaan mengejarnya sejauh kira-kira 50 meter dari landasan kereta api terbabit.
“Norhafiz kemudian berjaya menghampiri suspek, namun terpaksa bergelut dengannya yang cuba melawan dan enggan menyerah diri.
“Dalam keadaan panik, rakan setugas mangsa yang menggunakan pistol jenis automatik melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Mohd Shukor Sulong.
Beliau berkata, satu daripada tembakan berkenaan mengenai tepat ke arah sebelah kiri badan mangsa hingga menembusi belakang badan sebelah kanan.
Menurut Hasnan, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca anggota polis bantuan berkenaan kurang menjalani latihan sehingga tertembak rakan setugas walaupun jarak hanya kira-kira tiga meter.
Mangsa yang berasal dari Hutan Melintang, Perak, dan sudah berkhidmat tiga tahun dengan KTMB mati di tempat kejadian.
Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati warga Myanmar yang ditahan itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta tiada sebarang rekod jenayah.
“Bagi tujuan siasatan, kami turut menahan anggota polis bantuan yang tertembak mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.
p/s: KEnyang peluru tu