BTC USD 41,623.5 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peluang Business !!! (Dijamin bukan SCAM)

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
Kelantan Kurang 500,000 Biji Kelapa Sebulan

PASIR PUTEH, 12 Nov (Bernama) -- Kelantan mengalami kekurangan 500,000 biji kelapa setiap bulan kerana kebanyakannya dijual di negeri-negeri lain pada harga yang lebih tinggi.

Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan, Fauzi Mohamed berkata pemborong-pemborong dari Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan Terengganu menawarkan harga 80 sen sebiji berbanding 30 sen yang ditawarkan oleh pemborong tempatan.

"Faktor berkenaan menyebabkan bekalan bahan itu berkurangan walaupun Kelantan mengeluarkan satu juta biji kelapa sebulan, mencukupi bagi menampung permintaan domestik," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Peruncit santan menimbulkan masalah mendapatkan bekalan kelapa terutama menjelang Hari Raya Aidiladha awal bulan depan.

Fauzi berkata permintaan yang tinggi untuk kelapa muda turut memburukkan lagi keadaan manakala tidak ada usaha dilakukan untuk menambah tanaman pokok kelapa baru.

Beliau berkata Fama menghadapi kesukaran mengimport kelapa dari Indonesia disebabkan harga bahan itu sudah mencecah 75 sen sebiji di negara berkenaan.

Seorang peruncit santan di pasar besar di sini Norhayati Ghani, 39, ketika ditemui, berkata beliau sukar mendapatkan bekalan mencukupi daripada pembekal sejak kebelakangan ini.

"Kita memerlukan 10,000 biji kelapa sebulan bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah sedangkan yang diperolehi sekarang sebanyak 8,000 biji sahaja sebulan," katanya.

-- BERNAMA


So jelas kita boleh ambil peluang dengan fakta no yang diberikan ni. MArilah kita pakat tanam kelapa pulak :)cgrock

Orang Kelantan mau komen apa-apa? :)
 
Sponsored Post

Dianey

Active Member
Joined
Jan 28, 2008
Messages
2,232
Reaction score
72
Points
30
Peluang ni untuk orang2 kelantan.. :)
 

Biggie

Passed Away - Al Fatihah
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
79
Points
120
ore2 hok dok tepi pata bleh la buat bisnes ni... tmbah2 kalu ada pokok nyor doh...
 

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
hm.. sapa tau info pasal pokok kelapa ni? contohnya berapa lama tanam baru berbuah? setahun berbuah berapa kali?
 

erDrAg00n

Moderator
Joined
Dec 22, 2007
Messages
13,729
Reaction score
5
Points
120
memandai je ko nie ahib...
aku ingat ko salah thread...
rupanya ada brita disebalik posting
 

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
memandai je ko nie ahib...
aku ingat ko salah thread...
rupanya ada brita disebalik posting

:-?

apa yang memandai? apa yang salah thread?

ini berita saya amik dari bernama la :D:D
 

erDrAg00n

Moderator
Joined
Dec 22, 2007
Messages
13,729
Reaction score
5
Points
120
:-?

apa yang memandai? apa yang salah thread?

ini berita saya amik dari bernama la :D:D

mwahahaha...
tajuk ko tu wat aku terkejutla...
ekekeke.....
tu baru kelantan...
byk lagi negeri lain...
kat shah alam ni amik kelapa kat mana eh???
byk kedai2 santan skrg nie
 

erDrAg00n

Moderator
Joined
Dec 22, 2007
Messages
13,729
Reaction score
5
Points
120
baru aku ingat mana pergi semua kelapa2 kat kelantan....
danny da jual masa perkampungan hadhari dulu2
:eek: :eek: :eek:
 

JamBu

Active Member
Joined
Jul 3, 2008
Messages
1,518
Reaction score
1
Points
25
kat blkg umah aku kat kg
byk pokok kelapa :D:D:D:D
 

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
owh kiranya memang betul la berita tu kan. hm.. tapi kalo ikut logic dalam business, mesti la nak untung lebih. huhuhu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register