Pelik tp Benar!!Penangan Teh bunga PakLonG....

CG Sponsors




faizk

Super Active Member
Joined
May 31, 2010
Messages
7,518
Reaction score
30
Points
70
pergh.. siap lebah pn dtg tuu
 
Sponsored Post

apiz89

Active Member
Joined
Sep 3, 2010
Messages
2,375
Reaction score
9
Points
25
tarikan tu lebah pn join menjuai
 

abah5851

Active Member
Joined
Dec 5, 2014
Messages
2,422
Reaction score
121
Points
43

Teh bunga sejak 1990



Teh bunga ini hanya dijual pada bulan Ramadan dengan harga RM2 sebungkus. -

ALOR SETAR 5 Jun - Setiap kali tibanya bulan Ramadan, gerai teh bunga beratur yang diusahakan oleh Zaidi Zainol Abidin, 50, sentiasa menjadi bualan masyarakat di bandaraya ini.

Manakan tidak, gerainya yang beroperasi di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman tidak hanya dipenuhi pelanggan yang setia beratur untuk membeli, malah turut dipenuhi lebah sekali gus menambah daya tarikan terhadap teh bunga madu yang dijualnya.

Menurut pembantu am di sebuah syarikat swasta itu, beliau mula mengusahakan perniagaan tersebut sejak 1990 namun 'kegilaan' orang ramai terhadap teh bunga madunya itu hanya bermula pada 2011.

"Istimewanya air ini adalah penggunaan madu serta jumlah adunannya yang sentiasa tepat. Walau di mana pun lokasi gerai saya dalam bazar Ramadan ini, akan sentiasa ada lebah yang menghurungi.

"Setiap tahun, lebah-lebah itu tidak akan muncul pada permulaan Ramadan. Setelah berniaga beberapa hari, barulah lebah itu muncul namun tidak langsung mendatangkan bahaya kepada kami dan pelanggan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya dakwaan kononnya beliau membela lebah-lebah itu dan membawanya ke lokasi perniagaan bagi menampilkan kelainan, Zaidi bagaimanapun menafikannya.

"Lebah-lebah ini datang sendiri. Kalau saya bela, mungkin saya boleh bawa lebah itu datang ke mari tetapi bagaimana pula caranya untuk saya bawa balik untuk digunakan ketika berniaga keesokan hari?

"Permintaannya memang banyak tetapi saya hanya menjualnya secara 'eksklusif' pada bulan Ramadan. Harganya tetap kekal RM2 sebungkus sejak sekian lama walaupun kos kian barangan kian meningkat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-lebah-ini-datang-sendiri-1.489826#ixzz4j8hBFwUS
Murah sangat ni..jual lah mcm air katira...sebotol rm13...mati la nak....
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,855
Reaction score
1,046
Points
191
sape penah minum? sedap ke?
 

m0mo~

CG Top Poster Club
Platinum Member
ForexMart Fans
Joined
Oct 4, 2012
Messages
35,307
Reaction score
387
Points
136
Murah sangat ni..jual lah mcm air katira...sebotol rm13...mati la nak....
kat tempat aku rm15 sebotol..dalam plastik kecik rm5..aku try sekali cukupla...tak berbaloi pun bayar rm5 untuk air camtu walaupun memang sedap..
 

Tersembam

Fun Poster
Joined
Jun 15, 2009
Messages
590
Reaction score
0
Points
10
Dah bertahun2 macam ni...
Dan aku tak pernah beli pun..
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,334
Reaction score
1,576
Points
596
dasyat la Pak long buat duit

kalau satu cup untung rm1

ada lebih 500 orang sehari

nak dekat rm500 bersih

kalau sebulan dah RM15,000 kaya la pak long
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,535
Reaction score
517
Points
81
Lebah tu aku rasa strategi marketing...

Aku p awal xdak pon lebah... hahahahha... xpon lebah xkeluar lagi panas..

Teh dia manis xheran kalau lebah serbu...
 

gilagilaremaja

Fun Poster
Joined
Jan 20, 2010
Messages
329
Reaction score
5
Points
25
Tahun 2008 kedai katira madu kat bazar temerloh pahang macam ni gak penuh lebah.
Sedap, tiap hari beli. Sekarang tak tau ada lagi ke tak.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register