Pelik tp Benar!!Penangan Teh bunga PakLonG....

CG Sponsors




Sponsored Post

iMian

Fun Poster
Joined
Sep 9, 2010
Messages
805
Reaction score
37
Points
20
Dia jual setahun skali je masa bulan ramadhan. Bulan2 yg lain dia meniaga makanan.
 

BOCEH

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 8, 2009
Messages
28,325
Reaction score
78
Points
120
beli lagi tahun ni..maaaannnntopp
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,091
Reaction score
20,952
Points
1,661

Teh bunga sejak 1990



Teh bunga ini hanya dijual pada bulan Ramadan dengan harga RM2 sebungkus. -

ALOR SETAR 5 Jun - Setiap kali tibanya bulan Ramadan, gerai teh bunga beratur yang diusahakan oleh Zaidi Zainol Abidin, 50, sentiasa menjadi bualan masyarakat di bandaraya ini.

Manakan tidak, gerainya yang beroperasi di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman tidak hanya dipenuhi pelanggan yang setia beratur untuk membeli, malah turut dipenuhi lebah sekali gus menambah daya tarikan terhadap teh bunga madu yang dijualnya.

Menurut pembantu am di sebuah syarikat swasta itu, beliau mula mengusahakan perniagaan tersebut sejak 1990 namun 'kegilaan' orang ramai terhadap teh bunga madunya itu hanya bermula pada 2011.

"Istimewanya air ini adalah penggunaan madu serta jumlah adunannya yang sentiasa tepat. Walau di mana pun lokasi gerai saya dalam bazar Ramadan ini, akan sentiasa ada lebah yang menghurungi.

"Setiap tahun, lebah-lebah itu tidak akan muncul pada permulaan Ramadan. Setelah berniaga beberapa hari, barulah lebah itu muncul namun tidak langsung mendatangkan bahaya kepada kami dan pelanggan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya dakwaan kononnya beliau membela lebah-lebah itu dan membawanya ke lokasi perniagaan bagi menampilkan kelainan, Zaidi bagaimanapun menafikannya.

"Lebah-lebah ini datang sendiri. Kalau saya bela, mungkin saya boleh bawa lebah itu datang ke mari tetapi bagaimana pula caranya untuk saya bawa balik untuk digunakan ketika berniaga keesokan hari?

"Permintaannya memang banyak tetapi saya hanya menjualnya secara 'eksklusif' pada bulan Ramadan. Harganya tetap kekal RM2 sebungkus sejak sekian lama walaupun kos kian barangan kian meningkat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-lebah-ini-datang-sendiri-1.489826#ixzz4j8hBFwUS
 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,755
Reaction score
1,869
Points
201
Bagus strategi dia.

Kasi rare sikit.
 

BOCEH

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 8, 2009
Messages
28,325
Reaction score
78
Points
120
Terbaik teh ni..sodappp
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,931
Reaction score
1,163
Points
201
sip ada lebah tu.. mmg aku x p beli dah kot..
klu soh p ambik free pon aku x pi ambik..
aku fobia dgn lebah...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register