balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136

Muhamad Arafat (depan) menunjukkan keadaan kolam yang mampu mengundang bahaya kepada keselamatan kanak-kanak.
< 1 / 1 >
IPOH - Kewujudan empat kolam ternakan ikan di sebuah kawasan perumahan, di sini, sejak dua bulan lalu menjadi misteri yang menggusarkan penduduk.
Rata-rata penduduk di Taman Bandar Baru Putera, di sini, menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang mengusahakan projek kolam ikan di kawasan tersebut.
Penduduk, M Ragunathan, 47, berkata, lokasi projek yang terlalu hampir dengan kawasan perumahan tersebut dilihat mengundang risiko besar khususnya daripada sudut keselamatan kanak-kanak.
“Kawasan kolam yang tidak dipagari itu dipisahkan hanya 10 meter daripada kawasan rumah kami.
“Kami risau sekiranya anak-anak kecil menghampiri atau bermain di kawasan berkenaan sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, hasil tinjauan yang dibuat bersama beberapa penduduk lain, terdapat empat buah kolam ikan yang berkedalaman lebih tiga meter sedang giat diusahakan di kawasan tanah seluas hampir 0.4 hektar itu.
“Bukan satu tetapi empat buah kolam ada di situ dan individu yang mengusahakan kolam itu juga telah bina satu stor untuk menyimpan perkakas-perkakas mereka di dalam kawasan sama,” katanya.
Ragunathan berkata, meskipun tidak mengenali individu yang mengusahakan projek itu namun dia yakin mereka bukan dalam kalangan penduduk taman berkenaan.
Sementara itu, Ketua PKR Cabang Tambun, Ketua PKR Cabang Tambun, Muhamad Arafat Mahamad berkata, tanah yang digunakan bagi tujuan projek kolam ikan terbabit masih merupakan tanah rizab kerajaan selain tidak pernah diluluskan kepada mana-mana individu perseorangan.
“Baru-baru ini kami telah ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk mengetahui tentang status tanah dan setelah diselidiki ianya belum diluluskan kepada mana-mana pihak yang berkepentingan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi membantah pemilikan secara haram tanah rizab kerajaan oleh individu tidak bertanggungjawab itu.