balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
SEPANG - Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk melabelkan barangan yang diberi pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dengan pelekat warna berbeza untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, penggunaan pelekat berwarna pada barangan yang tidak dikenakan CBP dapat mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.
"Ini satu cadangan yang baik. Kita akan bincang bagaimana pelaksanaannya dan akan mengumumkan (hasil) pada masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas melawat premis perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di sini hari ini.
Sebelum itu, bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Tan Sri Zainal Rampak mencadangkan kerajaan supaya melabelkan barangan yang diberi pelepasan CBP.
Ketika membentangkan Bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lebih 900 barang yang berada dalam 'basket of goods' tidak dikenakan CBP. Senarai barang berkaitan CBP itu diwartakan pada Isnin lalu. - Bernama