BTC USD 56,742.3 Gold USD 1,824.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Pelekat Luka Di Hasilkan Dari Kulit Durian Kini Realiti

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,487
Reaction score
3,908
Points
236
Pelekat luka biasanya diperbuat daripada bahan plastik yang tidak terbiodegradasi. Oleh itu antara alternatif yang dibangunkan ialah gel hidro yang dilekatkan terus pada permukaan luka. Ia biasanya diperbuat polimer yang mengandungi ion perak dan tembaga yang menyebabkan kos penghasilannya tinggi. Penyelidik di Nanyang Technological University Singapura telah menemui alternatif kepada gel hidro dari sumber yang paling tidak disangka iaitu kulit durian.

Selulosa dari kulit durian telah digunakan sebagai bahan asas gel hidro, gliserol dan yis yang didapati mampu mengelakkan jangkitan bakteria sehingga 48 jam. Selepas itu ia boleh dibuang dan mengurai secara semula jadi bagi mengelakkan masalah pencemaran jangka masa panjang. Ia juga mengurangkan lambakan kulit durian di pusat pelupusan sampah yang berlaku setiap kali musim raja buah tiba.

Sepanjang pandemik ini kita melihat peningkatan pencemaran apabila pelitup muka dibuang merata-rata sehingga kini didapati di kawasan terumbu karang. Terdapat insiden hidupan laut terperangkap pada tali pelitup muka. Oleh itu usaha untuk menghasilkan kelengkapan perubatan yang lebih mesra alam adalah langkah yang perlu.

Hidrogel-Durian-950x681.jpg.webp


Screenshot-3815.jpg

Sumber asal https://media.ntu.edu.sg/NewsReleas...spx?news=5095d999-7221-4668-8f47-2fcd8bbe0f46
 
Last edited:
Sponsored Post

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,167
Reaction score
98
Points
80
ini macam la research universiti yang berkualiti
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register