BTC USD 67,199.6 Gold USD 2,344.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelbagaikan ahli UMNO

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
PUTRAJAYA 5 Nov. – UMNO perlu diperkukuhkan dengan cara menarik kembali penyertaan pemimpin dari semua lapisan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), guru, imam dan golongan penulis ke dalam parti itu sama seperti ia mula ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, langkah bagi memikat golongan tersebut perlu segera dilakukan sebagai satu proses pemulihan semula parti, sekali gus mengelakkan sokongan mereka beralih kepada pembangkang.

‘‘Jika usaha tidak dilakukan untuk menarik minat golongan ini menyertai UMNO dan UMNO hanya dianggotai oleh kumpulan tertentu, minat orang Melayu akan berkurangan dan lebih ramai berpihak dengan perjuangan pembangkang.

‘‘Kita harus berusaha menarik kembali seramai mungkin guru, bekas guru, imam, kepimpinan kampung, wartawan, penulis, pejuang sastera dan kebudayaan, pekebun kecil, nelayan dan petani menyertai dan memperkasakan parti supaya UMNO diwakili oleh semua golongan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian bagi menjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai keahlian UMNO yang kini dilihat dikuasai kumpulan tertentu termasuk golongan kontraktor.

Macam ada usaha nak haramkan umno sekali lagi dan nak tubuhkan S46 saja

:-?:-?:-?
 
Sponsored Post

projek..projek..projek..:D:D
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register