Pelayar Microsoft Edge Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Linux

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,552
Reaction score
3,689
Points
236
Lepas ditawarkan lebih awal kepada pengguna Windows, macOS, peranti iOS dan Android, pelayar Microsoft Edge kini turut ditawarkan kepada pengguna sistem operasi komputer linux. Walaubagaimanapun, ia bukanlah versi penuh pelayar tersebut. Sebaliknya ia adalah versi pembangun untuk percubaan awal oleh para pengguna Linux.

We are pleased to announce the availability of the Microsoft Edge Dev Channel for Linux!” Microsoft

Versi pembangun pelayar Edge ini menyokong Ubuntu, Debian, Fedora dan openSUSE. Bagi memasang pelayar Edge ke dalam Linux, pengguna boleh memuat turun dan memasang pakej .deb atau .rpm terus dari laman rasmi Microsoft Edge Insider. Cara tersebut membolehkan pengguna mendapatkan kemas kini terbaru pelayar Edge secara automatik.

Atau pengguna Linux juga boleh memasang Microsoft Edge dari Microsoft’s Linux Software Repository menerusi pakej dengan memasukkan baris arahan dari panduan yang diberikan oleh pihak Microsoft.

edge-linux.png

Microsoft Edge merupakan pelayar terbaru berasaskan Chromium yang sudah pun ditawarkan sejak Januari 2020 lalu. Antara ciri-ciri utama pelayar Edge termasuklah sokongan Chrome extension ciri pengurusan kata laluan terbina dalam dan ciri sekatan iklan dan penjejakan terbina dalam.

Sumber asal https://docs.microsoft.com/en-us/wi...nux-package-repository-for-microsoft-software
 
Top
Log in Register