Pelayan restoran warga Indonesia ditemui mati

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Seorang pelayan restoran wanita warga Indonesia ditemui mati di sebuah apartmen rumah kedai empat tingkat, di Jalan Pinggiran 1/4, Pinggiran Putra, Seri Kembangan, lewat malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Omar Mammah, berkata wanita berusia 30 tahun yang hanya dikenali sebagai Juliana itu mengalami kecederaan pada bahagian kanan kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Mayat Juliana ditemui dalam keadaan tersungkur di ruang tamu oleh salah seorang daripada empat teman serumahnya yang baru pulang dari kerja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Omar berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya menolak rompakan sebagai motif kejadian memandangkan hanya telefon bimbit mangsa didapati hilang.

Hasil siasatan itu juga katanya, polis kini menjejaki seorang lelaki warga Bangladesh yang juga teman serumah mangsa bagi membantu siasatan.

Mayat Juliana dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama
 
Top
Log in Register