BTC USD 62,008.9 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Sponsored Post

Mamat dan isteri sahkan direman polis, beri kerjasama baik

A view of the sea
Mamat dan isteri
Kuala Lumpur : "Ya, memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular baru-baru ini.

"Alhamdulilah, keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan lagi," kata pelawak, Mamat Sepah ketika diminta mengulas laporan seorang pelawak dan isterinya ditahan reman, baru-baru ini.

Kata Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, dia mengesahkan dirinya dan isteri, Nordiana Ibrahim adalah dua individu yang ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan penyebaran makluman dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

"Saya dan isteri juga sudah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan menerima layanan baik sepanjang tempoh siasatan.

"Tak tiada timbul sebarang isu atau masalah lain," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya dakwaan dirinya dikaitkan berhubung dalam penyebaran maklumat itu, Mamat enggan mengulas lanjut.

"Untuk perkara itu, saya berasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undang," kata bekas anggota kumpulan lawak Sepah itu.

Bagaimanapun, Mamat dan isterinya juga sudah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

Mamat dibebaskan pada petang Khamis dan isterinya yang juga anggota polis pula dua hari selepas ditahan.

Sementara itu, peguam mewakili Mamat iaitu Muhammad Fadhli M. Sutris berkata, kes berkenaan masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Katanya, dia juga menasihatkan orang ramai supaya berhenti membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menganggu proses siasatan pihak polis terhadap anak guamnya itu.

"Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan selanjutnya.

"Proses siasatan masih dijalankan dan saya menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pelawak serta isterinya direman dua hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam di Telegram.

Disiarkan pada: July 5, 2024 @ 6:44pm
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register