BTC USD 62,008.9 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,576
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,576
Reaction score
6,470
Points
881
Awards
1
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
SHAH ALAM: Pelawak serta isterinya direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, di aplikasi Telegram.

Telefon bimbit mereka turut dirampas bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya, 37, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, 7 malam semalam.

"Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam, hari ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tangkapan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.
 
Sponsored Post

Pelawak, isteri disiasat sebar maklumat polis di Telegram bebas


GAMBAR HIASAN
SHAH ALAM – Seorang pelawak dan isterinya yang direman berkaitan kes penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan yang remannya tamat hari ini akan diberi jaminan polis.

“Siasatan lanjut kes berkenaan bagaimanapun masih diteruskan. Selain itu, sisasatan mengenai tindakan tatatertib akan dijalankan ke atas isterinya yang juga anggota polis,” katanya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan perintah reman selama tiga hari kepada pelawak berusia 38 tahun dan isterinya pula selama sehari dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Terdahulu, kedua-dua mereka ditahan di Balai Polis Seksyen 9 di sini, kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register