BTC USD 28,429.1 Gold USD 1,965.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelantikan jawatan anak MB Kelantan, timbalan ikut prosedur

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,933
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,933
Reaction score
4,925
Points
261
Awards
1
Pelantikan jawatan anak MB Kelantan, timbalan ikut prosedur

ADILA SHARINNI WAHID
Tular dakwaan berkait perlantikan anak pemimpin negeri dalam perbadanan milik kerajaan negeri Kelantan.

KOTA BHARU - Jawatan yang disandang anak Menteri Besar Kelantan dan timbalan menteri besar negeri itu di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dibuat mengikut prosedur serta memenuhi peraturan yang ditetapkan.

Menurut sumber dalaman PKINK, hebahan kekosongan jawatan-jawatan itu dibuka melalui pengiklanan sebelum mereka membuat permohonan dan dipanggil menduduki temu duga.

"Mereka mengisi borang sebelum ditemu duga oleh panel-panel dan lulus, barulah dibuat pelantikan.

"Menteri besar dan timbalan menteri besar tidak terlibat langsung dengan proses ini bahkan bapa masing-masing tidak tahu-menahu sehinggalah kedua-duanya dipanggil untuk penilaian,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Individu itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu yang tular berkait Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang didakwa melantik anak sendiri iaitu Ahmad Mujahid Mohd Amar sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perancangan Korporat di anak syarikat milik kerajaan negeri tersebut.

Turut terpalit kontroversi sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang didakwa melantik anak perempuannya, Nor Azma Hilmah Ahmad sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perundangan dan Intergriti di perbadanan sama.

Sebelum itu, isu pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang perdebatan serta pelbagai reaksi ramai.

"Berbeza dengan isu Nurul Izzah kerana Anwar sendiri bercakap sebelum ini ‘tidak patut perdana menteri jadi menteri kewangan dan tidak boleh melantik keluarga’ tetapi tiba-tiba beliau yang buat perkara itu.

"Kena faham isu, kalau orang itu betul-betul layak dan mengikut proses yang betul, tidak ada apa-apa masalah kalau nak lantik,” kata sumber.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,654
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,654
Reaction score
22,068
Points
2,866
Awards
1
Anak2 diorg lulusan skolah pondok pun bole jd penolong pengurus korporat ye

Mcm ni la bagus
Asalkan tak keje jual agama hehe
betul ke lulusan sekolah pondok, tuan dah cek background kelulusan diorang?
cuma nak tahu kelulusan diorang apadia
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,654
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,654
Reaction score
22,068
Points
2,866
Awards
1
Bapak org alim tak hantar anak ke skolah sekular mek

MB Samsuri, anak anak dia dah sampai ke Australia, jurusan apa tu tn akudotcom
MB Samsuri sendiri pun student MRSM

cuba cek jap latar belakang kelulusan dua anak org Pas tu

saya cuma nak tahu kelulusan diorang
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,654
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,654
Reaction score
22,068
Points
2,866
Awards
1
Walaupun layak tapi tetap tidak manis apa dah tak de kerja lain kat malaysia ni
saya tak nafikan pasal nepotisme tu tn orang2
saya ingat dan sedar pasal Dr Ahmad Sanusi bagitahu pasal menolak lantikan anak beranak

cuma nak tahu kelulusan anak anak PAS yg ni
sebab tn akudotcom kata anak anak ni kelulusan sekolah pondok tapi jawat jawatan korporat
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,933
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,933
Reaction score
4,925
Points
261
Awards
1
MB Samsuri, anak anak dia dah sampai ke Australia, jurusan apa tu tn akudotcom
MB Samsuri sendiri pun student MRSM

cuba cek jap latar belakang kelulusan dua anak org Pas tu

saya cuma nak tahu kelulusan diorang

Ooo belajar kat universiti omputeh jg ye

Anak tn hj nik ammar pun sama ye mek
 
Sponsored Post

Top
Log in Register