BTC USD 27,120.6 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelantikan Fadillah Perkukuh Perwakilan Sarawak: Wan Junaidi

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,722
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,722
Reaction score
28,273
Points
2,836
Awards
2

Pelantikan Fadillah perkukuh perwakilan Sarawak: Wan Junaidi​


03 DEC 2022
A⁻A⁺

2009184.jpg


Fadillah Yusof


KUCHING – Pelantikan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri memperkukuh perwakilan Sarawak dalam kerajaan Persekutuan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelantikan itu juga adalah peristiwa bersejarah untuk rakyat bumi kenyalang itu.

“Berserta portfolio Fadillah sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, saya optimistik melihat perkembangan ini yang akan memberi faedah kepada penduduk Sarawak dan Sabah dan meletakkan kami pada kedudukan yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Fadillah ialah timbalan perdana menteri pertama daripada Sarawak dalam barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Fadillah, 60, yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Petra Jaya sejak 2004.

Sementara itu, Wan Junaidi yang juga bekas Ahli Parlimen Santubong turut berharap pelantikan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Kerja Raya akan memberi fokus sewajarnya kepada keseluruhan pembangunan di Sarawak dan Sabah.

“Berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung, kami sangat ketinggalan dari segi infrastruktur asas seperti perhubungan, sekolah, hospital, bekalan elektrik serta perkhidmatan telefon dan Internet.

“Lebih 50 peratus penduduk Borneo masih tinggal di kawasan pedalaman. Diharapkan dengan adanya Ahli Parlimen daripada Borneo mengetuai kementerian ini akan membawa pembangunan infrastruktur yang sangat diperlukan kepada Sabah dan Sarawak, seperti dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya. – Bernama

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,722
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,722
Reaction score
28,273
Points
2,836
Awards
2

Fadillah cipta sejarah, rakyat Borneo pertama jadi TPM​


03 DEC 2022
A⁻A⁺

2009213.jpg


Fadillah Yusof


KUCHING – Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, 60, melakar sejarah dalam politik Malaysia apabila menjadi rakyat pertama dari wilayah Borneo negara dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dilahirkan di sebuah perkampungan Melayu di Sibu di bahagian tengah Sarawak, beliau adalah anak Allahyarham Yusof Merais, yang berjuang bersama-sama Rosli Dhoby, menentang penyerahan Sarawak kepada Kolonial British pada 1946.

Perjuangan bapa beliau ketika itu mungkin mengambil kira antara ‘hidup dan mati’ untuk negara, namun dengan darah perjuangan yang terus mengalir, perjuangan Fadillah untuk negara sudah pasti kini bukan hanya itu semata-mata.

Perjuangan yang seterusnya adalah untuk memastikan kejayaan Sarawak di atas landasan penubuhan Malaysia pada 1963 supaya menjadi sebahagian daripada negara yang maju menerusi pemikiran kepimpinan baharu.

Berbekalkan kelayakan sebagai pemegang Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya yang diperoleh pada 1986, beliau mengorak langkah memasuki arena politik sebagai jalan untuk meneruskan perjuangan untuk kemajuan Malaysia dan Sarawak.

Bermula sebagai ahli Sayap Pemuda dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Fadillah mempamerkan kecemerlangan kepimpinannya apabila terpilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) dari parti itu untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) 2004.

Pada pilihan raya itu, beliau memperoleh kemenangan dengan majoriti lima angka, 12,816 undi yang bagai menjadi tanda aras untuk kejayaannya dalam pilihan raya-pilihan raya seterusnya.

Pada PRU11, majoritinya meningkat kepada 14,397 undi dan majoriti besar itu berterusan sehingga PRU15 yang dianggap sebagai pilihan raya paling mencabar apabila beliau memperoleh majoriti 41,363 undi.

Peningkatan populariti Fadillah di Parlimen Petra Jaya tidak terlepas daripada pandangan kepimpinan Persekutuan yang membawa kepada pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 2008.

Susulan kejayaan mengekalkan kedudukannya sebagai penyandang kerusi Parlimen pada PRU13 untuk kali ketiga berturut-turut, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya pada 2013.

Pelantikan itu membawa cabaran baharu kepada Fadillah apabila setahun selepas itu landskap politik di Sarawak berubah dengan pelantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri negeri itu dan mahukan perubahan yang cepat dari segi infrastruktur.

Membawa kemahuan rakyat Sarawak dan Sabah yang mendambakan sistem infrastruktur sehebat dinikmati rakyat di Semenanjung, Adenan memohon satu projek lebuh raya yang kemudiannya dikenali sebagai Lebuh Raya Pan Borneo.

Menerusi persetujuan kerajaan Persekutuan, projek itu dimulakan pada 2015 dan meskipun menghadapi ketidaktentuan politik yang berlaku antara tahun 2018 dan awal 2020, projek berkenaan mampu diteruskan.

Walaupun ‘tersisih’ hampir dua tahun daripada menjadi sebahagian kabinet Persekutuan, Fadillah yang diamanahkan sebagai Menteri Kanan Kerja Raya sebelum ini, terus menerajui usaha menyiapkan projek tersebut yang sudah semakin hampir mencapai matlamatnya.

Bagi bahagian Sarawak untuk projek Lebuh Raya Pan Borneo itu, hampir 90 peratus sudah disiapkan dan dijangka keseluruhannya dapat dinikmati rakyat menjelang tahun depan.

Kejayaan itu sudah pasti dapat menjadi asas kukuh untuk Fadillah yang terus menaiki hierarki kepimpinan dalam PBB dan kini menjadi Naib Presiden Kanan parti yang menjadi tunjang Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam meneruskan usaha untuk memperjuangkan kebajikan rakyat.

Dengan amanah baharu lebih mencabar daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menamakannya sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, Fadillah sudah pastinya mampu mendukung tanggungjawab itu sebagaimana kecemerlangan ditunjukkannya selama ini.

Kepercayaan Perdana Menteri ke-10 itu dengan kebolehannya turut mengesahkan lagi keyakinan yang diberikan oleh tiga lagi Perdana Menteri sebelum ini terhadap Fadillah dalam meneruskan usaha membawa Malaysia ke arah kejayaan lebih hebat.- Bernama

 
Sponsored Post

Top
Log in Register