Pelantikan Dr Gauth di UM tepat?

CG Sponsors




Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Oleh Prof Datuk Dr. Hashim Yaacob

FUNGSI utama sesuatu universiti adalah untuk menyampaikan pengajaran yang baik dan bermanfaat kepada pelajarnya supaya apabila tamat pengajian, mereka menjadi orang berilmu dan berguna kepada masyarakat; menjalankan penyelidikan yang mampu membuat penemuan baru untuk kesejahteraan kehidupan manusia sejagat dan menyebarkan ilmu dalam bentuk penerbitan atau dengan cara lain yang munasabah; dan berbakti kepada masyarakat.

Untuk memenuhi kehendak itu, universiti hendaklah ditadbir dengan baik oleh pentadbir yang faham selok-belok fungsi dan peranan universiti. Berikutan itu pelantikan Prof Datuk Dr Gauth Jasmon ke jawatan Naib Canselor Universiti Malaya menepati hasrat sesebuah universiti kerana memenuhi syarat di atas. Dr Gauth adalah seorang ilmuwan yang disegani, di dalam bidang kepakarannya iaitu Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Beliau adalah pemegang ijazah Sains Kejuruteraan dengan kepujian kelas pertama dari University of London, dan PhD daripada universiti sama. Beliau menghasilkan banyak penerbitan yang berwibawa di dalam jurnal antarabangsa. Penerbitan beliau ini sering dirujuk ramai pakar di dalam bidang itu di seluruh dunia.

Dr Gauth adalah seorang yang terbaik dari segi kekuatan penerbitan ilmiah mengikut Science Cited Index dalam bidangnya. Kita akan dapat membaca penerbitannya dalam kira-kira 30 jurnal antarabangsa dan 50 penerbitan prosidang. Beliau juga seorang Felo dalam Institusi Kejuruteraan Antarabangsa yang berwibawa seperti IEE, IE Australia dan IEEE.

Dari segi pengajaran pula, Dr Gauth mula berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya sejak 1982 lagi. Kemudian dilantik ke jawatan Profesor Madya pada 1989 dan Profesor pada 1992.

Ketika di Universiti Multimedia (MMU) beliau masih lagi membabitkan dirinya di dalam bidang pengajaran. Pengalaman sebegini luas di dalam mengajar mahasiswa pada tahap ijazah dan pasca-ijazah semestinya memberikannya banyak kekuatan.

Dalam pentadbiran universiti pula Dr Gauth banyak memegang jawatan pentadbiran ketika beliau di Universiti Malaya dulu. Beliau memegang jawatan Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik (1986-1988), Dekan Fakulti Kejuruteraan (1992-1995) dan akhirnya pada 1995 diangkat menjadi Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.

Pada 1996, beliau dilantik menjadi Presiden Universiti Multimedia dan kekal di jawatan itu sehingga akhir 2007.

Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang bijak memilih Dr Gauth sebagai Naib Canselor Universiti Malaya yang baru. Saya berasa sangat selesa dengan pemilihan ini kerana orang yang dipilih itu amatlah sesuai kerana memenuhi syarat yang diperlukan untuk menerajui Universiti Malaya yang terulung ini.

Saya mengucapkan selamat dan sejahtera kepada Universiti Malaya di bawah pimpinan Dr Gauth.

(Penulis Merupakan Penasihat THE-QS World Rankings dan merupakan mantan Naib Canselor Universiti Malaya) - Sumber Surat Pembaca Berita Harian
 
Sponsored Post

namkin

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2008
Messages
3,369
Reaction score
57
Points
30
huh..mmg hebat Dr nih..mmg patut die dpt jawatan nih..
 

kancil biru

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
hebat juga dia nie.. harap UM will be the best
 

silverchair959

Legendary Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
17,861
Reaction score
88
Points
125
hehehe...teringat pasal dia dok bercerita time dia stadi oversea dulu....
 

Zul.H

Active+ Member
Joined
Dec 5, 2007
Messages
2,754
Reaction score
21
Points
25
Patut jadi NC UTM..pasal background dia eng.

What ever pun, mmg dia seorg yg terrer..
 

ameant

Super Active Member
Joined
Mar 27, 2007
Messages
6,332
Reaction score
143
Points
73
:D :D :D belum cuba belum tau... org kat mmu dah tau.
 

porek

Active Member
Joined
Apr 17, 2008
Messages
2,001
Reaction score
0
Points
20
yer betul.. MMU tau ler sape GJ ni hehe
 

fnd75

Active Member
Joined
Apr 25, 2006
Messages
1,938
Reaction score
36
Points
35
Patut jadi NC UTM..pasal background dia eng.

What ever pun, mmg dia seorg yg terrer..
takpe bagi dr GJ tu selamatkan UM dulu :D

utm pon dh dpt nc baru, muda lagi tapi pengalaman & penerbitan mmg strong, moga2 univ2 kat malaysia ni akan melonjak tinggi lg lepas ni.. amin...
 

maliq7776

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2008
Messages
7,835
Reaction score
72
Points
75
kelas pertama degree.#:-S
Orang Elektrik pulak tu. mmg aku respek habis la kat mamat ni=D>
 
Sponsored Post
Top
Log in Register