BTC USD 95,070.8 Gold USD 2,900.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelancong warga India dikhuatiri terjatuh dalam tanah jerlus

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,301
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,301
Reaction score
1,016
Points
151

Pelancong warga India dikhuatiri terjatuh dalam tanah jerlus​

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil - Ogos 23, 2024 @ 5:13am
[email protected]


Anggota bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat seorang wanita dipercayai pelancong warga India yang dikhuatiri terjatuh dalam lubang akibat tanah jerlus dekat Masjid India - Foto ihsan bomba
Anggota bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat seorang wanita dipercayai pelancong warga India yang dikhuatiri terjatuh dalam lubang akibat tanah jerlus dekat Masjid India - Foto ihsan bomba

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa dipercayai wanita warga India dikhuatiri terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus yang berlaku berhampiran Masjid India, di sini hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi tadi ketika mangsa sedang bersiar-siar di kawasan itu bersama keluarganya sebelum tiba-tiba berlaku mendapan tanah sehingga menyebabkan berlakunya tanah jerlus itu.

Berdasarkan maklumat awal, lubang berkenaan dianggarkan sedalam 10 meter.
Tinjauan setakat jam 11.30 pagi mendapati operasi dua buah jentera bomba sudah berada di lokasi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan.

Turut kelihatan sepasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Air Selangor, dan Angkatan Pertahanan Awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berada di lokasi bagi memantau operasi menyelamat.

Berita lanjut menyusul.

 
Back
Top
Log in Register